Amalan usia muda, pemakanan salah kekang tua secara aktif.
BENARKAH lelaki hanya berjumpa doktor sedangkan wanita sebaliknya lebih beruntung kerana kehamilan membawa mereka mendapatkan khidmat doktor seawal mungkin?
Andai itu benar, bagaimanakah kita mahu memanfaatkan usia selama mungkin, termasuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun sudah mencecah usia atau bergelar warga emas? Ini penting kerana jika dulu, tugasan menjaga orang tua lazimnya di bahu keluarga atau anak-anak tetapi sekarang, berdasarkan perkembangan semasa, peranan itu turut diambil alih pihak kebajikan atau rumah orang tua berbayar bagi yang berkemampuan.
Malah,
kebanyakan yang meniti usia tua terutama yang mempunyai status ekonomi yang
kukuh, lebih memilih hidup berdikari, kekal efektif dan mahu menikmati hidup
secara aktif hingga ke akhir hayat - senario yang digelar Pertubuhan Kesihatan
Dunia (WHO) sebagai tua secara aktif.
Malangnya, tidak ramai, khususnya lelaki yang
mampu menepati konsep itu yang menurut Ketua Jabatan Urologi, Kesihatan Lelaki
& Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr Sahabudin Raja
Mohamed, sebagai keupayaan individu itu terus produktif.
“Mereka ini boleh diharap dan boleh terus menyumbang secara efektif kepada
masyarakat keseluruhannya. Bagaimanapun, berdasarkan senario semasa, ramai
masyarakat dunia pada masa ini lebih dihimpit permasalahan kesihatan yang
meruncing.
“Disebabkan perubahan gaya hidup, masyarakat bukan saja cenderung untuk terlalu
menikmati tetapi juga banyak makan hingga malas. Ramai tidak aktif kerana
banyak menghabiskan masa duduk di depan komputer, kedai kopi, kelab, di depan
TV dan terlalu sedikitnya aktiviti senaman yang membakar lemak,” katanya ketika
ditemui, baru-baru ini.
Dr Sahabudin
menyifatkan statistik perbandingan ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak begitu
sihat bukan saja dewasa tetapi juga generasi muda. Malah anak-anak yang duduk
lama di depan komputer juga cenderung untuk kuat makan seperti makanan segera,
kerana bosan atau juga tekanan.
Perkembangan itu, katanya, membawa kepada kemunculan golongan lelaki yang bukan
saja tidak sihat, tetapi juga tidak subur dan terjejas kelelakiannya.
“Aktiviti yang ditekankan sesetengah ibu bapa - keluar membeli-belah, menonton
wayang, mengamalkan makanan segera misalnya turut menyumbang kepada peningkatan
ketidaksuburan dan masalah mati pucuk.
“Satu kajian
di Malaysia juga menunjukkan 70 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tidak
aktif secara seksual. Mungkin ramai yang menganggap ‘pil ajaib’ adalah
jawapannya namun, kita perlukan pendekatan menyeluruh termasuk faktor isteri,
jenis diet, mengapa tidak bersenam dan perubahan gaya hidup yang perlu dibuat,”
katanya.
Semakin meningkat usia seorang lelaki, mereka juga secara seksual semakin lemah, dan keadaan ini dipanggil andropause tetapi sebenarnya ia adalah perubahan akibat tahap hormon yang rendah. Hormon testosteron mengurangkan otot saiz, lebih lemak dan kurang otot, tulang menjadi lemah dan cenderung untuk mudah gemuk pada bahagian perut.
Mereka
juga kebal insulin yang mana hati tidak dapat memanfaatkan insulin. Tahap
kolesterol juga meningkat dan terus ke saluran darah menyebabkan tekanan darah
tinggi. Disebabkan obesiti, tahap hormon cortisol meningkat dan merendahkan
testosterone pada lelaki berusia 40 hingga 70 tahun. Malah, lebih 20 peratus
lelaki di Malaysia mempunyai tahap testosterone rendah yang boleh menyebabkan
diabetes, hipertensi, penyakit jantung, tulang retak selain mengurangkan
keghairahan terhadap seks.
“Golongan lelaki ini juga mudah berasa letih, lesu dan penat yang melampau sehinggakan tiada tenaga untuk melakukan aktiviti. Waktu tengah hari sudah mengantuk, prestasi seks juga terganggu, mental tertekan hanya kerana testosterone rendah,” katanya.
“Tatkala usia semakin meningkat, anda perlu faham berapa banyak tekanan yang boleh diterima oleh tubuh. Jadi pilihan untuk menikmati usia tua dalam keadaan cergas dan efektif terletak dalam tangan anda dan semuanya harus bermula dari amalan gaya hidup yang baik. Malah semua masalah kesihatan yang dinyatakan punya cara untuk mengubatinya hanya jika ia dikesan dan dirawat awal," katanya.
“Golongan lelaki ini juga mudah berasa letih, lesu dan penat yang melampau sehinggakan tiada tenaga untuk melakukan aktiviti. Waktu tengah hari sudah mengantuk, prestasi seks juga terganggu, mental tertekan hanya kerana testosterone rendah,” katanya.
Lebih
memburukkan keadaan, kata Dr Sahabudin, penyelidikan lalu turut menunjukkan 70
peratus lelaki berusia lebih 50 tahun mengalami masalah mati pucuk atau
Erectile Dysfuction (ED). Masalah ED adalah tanda-tanda awal terhadap masalah
kesihatan lain seperti kencing manis dan hipertensi.
“Tatkala usia semakin meningkat, anda perlu faham berapa banyak tekanan yang boleh diterima oleh tubuh. Jadi pilihan untuk menikmati usia tua dalam keadaan cergas dan efektif terletak dalam tangan anda dan semuanya harus bermula dari amalan gaya hidup yang baik. Malah semua masalah kesihatan yang dinyatakan punya cara untuk mengubatinya hanya jika ia dikesan dan dirawat awal," katanya.
Menjaga kesihatan dari awal adalah lebih baik dari merawatnya kemudian...Betul tak? Anyway, nice sharing Sis ^_^
ReplyDeleteP/S: Wilma baru perasan, Wilma belum follow di sini...Wilma dah jadi follower #261 ya ^_^
betul tu..:-)
Deletethanks info ini NL..
ReplyDeletewelcome..:-)
DeleteKita adalah apa yang kita makan..huhu..
ReplyDeletebetul tu..nak sihat amalkan pemakanan yg sihat & seimbang..:-)
Deletemcm2 penyumbang.. tq utk info nih...
ReplyDeletesama2..:-)
Deleteyang paling utamanya ialah menjaga pemakanan dan kena senam.
ReplyDeletebetul tu..:-)
Deletegud info.. tq for sharing ya
ReplyDeletewelcome..:-)
DeleteEntri yang baik..bagus gak untuk aku..hehehe
ReplyDeletea ah..memang bagus..:-)
Deleteemm betul tu pilihan di tangan kita :)
ReplyDeletemmg nak kena mula amalkan cara hidup sihat dari muda...nice info....:)
ReplyDelete:-)
DeleteLelaki kena rajin bersenam.. Tapi memang betul pun, lelaki ni cepat letih & lesu.. Asal takde mende nak buat jer tdo terbungkam.. Huhu..
ReplyDeletea ah..kena rajin bersenam..klu tak badan mesti naik..tido selalu pon tak elok
Deletenampak je mknn nk makn tp tak xde check n balance bahaye2
ReplyDeletea ah..betul tu bahaya..lepas nie kena jaga pemakanan dan kena check la..:-)
Delete