Pages

Tuesday, 5 February 2013

Masalah Sembelit (Constipation)





Definisi sembelit


Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. 


Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.






Gambar menunjukkan udara (dalam bulatan) dalam usus yang terkumpul akibat tidak dapat keluar daripada usus. Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.






Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir). 






Kurang memakan makanan pelawas seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).






Bersukan juga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.






Terdapat segolongan masyarakat yang menghidap masalah usus sensitif (Irritable bowel syndrome) yang menyebabkan berlakunya masalah sembelit dan cirit birit yang silih berganti dan masalah ini berlaku dalam tempoh yang panjang (penyakit kronik). Dikatakan penyakit ini adalah berpunca daripada jangkitan usus oleh bakteria, menyebabkan usus menghadapi trauma, menyebabkan ia berada dalam keadaan sensitif selepas sembuh daripada jangkitan tersebut.






Umur yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.


Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:






  • Luka pada lubang dubur.
 
  • Rektum runtuh
 
  • Terdapatnya kanser pada rektum
 
  • Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)
 
  • Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)
 
  • Radang diverticulum

Perubahan metabolik badan juga boleh menyebabkan sembelit:


  • Paras kalsium tinggi dalam darah
 
  • Paras kalium rendah dalam darah
 
  • Paras hormon thyroid yang rendah dalam darah
 
  • Penyakit porphyria (kandungan porphyrin yang tinggi dalam darah) - menyebabkan muntah dan sembelit
 
  • Keracunan oleh plumbum.
 
Opioid drug


Antara ubat ubatan yang boleh menyebabkan masalah sembelit ialah:


  • Antasid yang mengandungi unsur Aluminium (biasanya AlOH3)
 
  • Ubat tahan sakit jenis opioid atau ubat batuk
 
  • Pil zat besi
 
  • Ubat penggalak kencing seperti Furosemide yang mengurangkan paras kalium dalam darah
 
  • Anticholinergics
 
  • Calcium channel blockers (ubat yang mengurangkan fungsi otot lembut seperti di salur darah dan usus)
  
Congenital Megacolon (Hirschsprung's Disease)


Masalah pada saraf juga boleh menyebabkan sembelit. Antaranya termasuk:


  • Kecederaan pada tulang belakang atau pada saraf periferi
 
  • Penyakit usus akhir besar (mega-kolon, Hirschsprung)
 
  • Systemic Sclerosis (CREST) C  untuk Calcinosis, C untuk Constipation
 
  • Penyakit neuropati (sakit saraf) akibat kencing manis, menjejaskan saraf autonomi yang mengawal aktiviti usus.
 





Rawatan


Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh individu yang menghadapi sembelit untuk menyelesaikan masalah mereka?


Untuk menyelesaikan masalah ini, pesakit perlu memastikan mereka mengambil air dengan secukupnya, 2.5 liter sehari, bersukan, makan sayuran dan buahan. Pesakit juga perlu mengelakkan stres kerana stres merupakan satu faktor yang menyebabkan sembelit. 





Ubat ubatan juga boleh didapatkan di farmasi dengan dan tanpa preskripsi dari doktor. Antara ubat ubat penting termasuk:






  • Agen yang dapat membanyakkan kuantiti najis (bulking agent) agar memudahkan pergerakan najis keluar dari hujung usus (rektum). Ini termasuk:
 
    • Methylcellulose (Celevac)
 
    • Fybogel
 
Bisacodyl drug



  • Julap
 
    • Julap semulajadi seperti Senna
 
    • Julap semulajadi Aloe vera
 
    • Julap Bisacodyl
 
    • Sodium picosulfate



Liquid paraffin


  • Pelembut najis
 
    • Paraffin cecair
 
    • Minyak arachis
 

Lactulose drug


  • Julap osmotik
 
    • Glykogen pada akhir usus besar (rektum)
 
    • Laktulosa (gula ringkas ini tidak dapat dicernakan badan dan ia dapat membantu mengurangkan bakteria yang menghasilkan amonia, seterusnya amat baik bagi merawat penyakit encephalopathy)
 
 


22 comments:

  1. betul tu kurang mkn syur n mnum air masak buatkan sistem perkumbuhan kita tdk berjalan dngan lancar. Nice entri

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak sembelit....pastu selalu minum air mineral, ALhAMDULILLAH..ok..semua berjalan lancar..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..semua akan baik klu kita amalkan pemakanan yg sihat..cuba banyakkan makan/minum apa yg kita kurang ambil seperti minum air atau makan sayur..:-)

      Delete
  3. Kalo kena sembelit berpeluh2 duduk dlm tandas..huhu

    ReplyDelete
  4. Sembelit sejak minum figure up... :(

    ReplyDelete
  5. bontot aku sakit !! tolong !!! aku cuba kluar kan tahi tapi xlah kluar !! sakit lah sbb x dapat kluar kan tahi !!

    ReplyDelete
  6. brak tu bgs tuk kshtan..skrang bru aku tau sksa nya smblit..bntulah aku ya allah

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. brak tu bgs tuk kshtan..skrang bru aku tau sksa nya smblit..bntulah aku ya allah

    ReplyDelete
  9. brak tu bgs tuk kshtan..skrang bru aku tau sksa nya smblit..bntulah aku ya allah

    ReplyDelete
  10. Ade tak kaitan rokok dgn sembelit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada kerana toksin dari rokok dapat menganggu sistem pencernaan, doktor yg bagitau kat saya

      Delete
  11. aku selalu sembelit.paling lama hampir 2 bulan.ada sapa2 boleh tolong x.air ak minum atleast 2 liter...sayur pon makan...makan julap bisacodyl tu dah xjalan.need somebody help me.pliss....dari umo 15 tahun sampai sekarang 27 dah penat sembelit ni....paling lama xsembelit 2 minggu ja.lps tu mst jadi balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba amalkan green tea stiap hari...tp kalau kes ko ni rasenya segelas xjln kna bergallon jgak ni..klau still xmembantu try sunsweet prune juice....gud luck

      Delete
  12. Adakah anda mengalami:

    1)SEMBELIT?
    2)BUASIR?
    3)PERUT SEBU?
    4)PERUT BUNCIT?

    Jom Greenfit ! Greenfit dapat membuang Koprostasis (pengumpulan najis lama di dalam saluran usus).

    Berminat? SMS/Whatsapp 019-9210321 (Mohd Hanis Aman)
    Testimoni: https://www.facebook.com/greenfit4urhealth

    ReplyDelete
  13. ibu hamil biasa sembelit sebab amalkan kalsium dan zat besi tu.ada ibu ok je

    ReplyDelete
  14. Info yg berguna... Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Info yg berguna... Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas penerangan yg panjang lebar, ternyata lebih byk info yg diperoleh disini yg lebih mendalam dalam memahami penyakit buasir

    ReplyDelete