DI Malaysia,
kira-kira setengah juta kes Otitis Media (jangkitan kuman di dalam saluran
tengah telinga) berlaku di kalangan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah
setiap tahun.
Otitis Media
adalah satu jangkitan pada telinga tengah yang berlaku apabila tiub Eustachian
tersumbat dengan cecair dan seterusnya dijangkiti oleh bakteria atau virus.
Apabila ini berlaku, cecair tersebut menghalang penyaluran bunyi yang betul
dalam telinga anak anda.
Ini akan
mengganggu pendengaran normal dan boleh menyebabkan anak anda menjadi kurang
sensitif terhadap bunyi, malah boleh menyebabkan kerosakan pendengaran yang
kekal dalam jangka masa panjang.
Jangkitan
Kanak-kanak
yang berumur di bawah dua tahun adalah lebih mudah dijangkiti Otitis Media.
Walaupun demikian, jangkitan telinga juga boleh berlaku pada orang dewasa. Tiub
Eustachian kanak-kanak adalah lebih sempit dan pendek berbanding dengan orang
dewasa, jadi cecair lebih mudah untuk terperangkap dalam telinga tengah.
Apabila ini berlaku, keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.
Anak anda
tidak akan dapat mendengar bunyi yang lembut dan mereka tidak dapat mendengar
jika anda berbisik kepada mereka. Jika cecair dalam telinga tengah bertambah
pekat, kehilangan pendengaran yang lebih teruk akan berlaku dan anak anda
mungkin tidak dapat mendengar apabila anda bercakap dengan mereka pada
kelantangan bunyi yang biasa.
Jika anak anda mengalami kehilangan pendengaran,
maka mereka mungkin tidak dapat memahami perkataan atau frasa tertentu, ataupun
mereka mungkin bercakap dengan lebih kuat daripada biasa.
Walaupun
kehilangan pendengaran itu mungkin bersifat sementara, ia boleh merencat
perkembangan si anak. Anak anda yang berada pada peringkat dia cepat belajar
kemahiran yang baru dan masalah pendengaran akibat daripada Otitis Media boleh
merencat perkembangan pertuturan dan bahasanya.
Mereka
mungkin kehilangan keupayaan untuk memahami apa yang diperkatakan dalam
persekitaran yang bising seperti di bilik darjah. Malah, kanak-kanak yang
bersekolah akan mendapati bahawa mendengar itu tidak ternilai dan jika mereka
tidak dapat mendengar dengan baik dalam kelas, ini akan menghalang kemajuan
akademik mereka.
Gejala
Oleh sebab
pendengaran anak anda adalah sangat penting, anda mesti berwaspada terhadap
sebarang tanda-tanda atau gejala-gejala yang boleh menyebabkan kehilangan
pendengaran seperti:
Tanda-tanda atau gejala-gejala untuk
diperhatikan pada bayi
- Mereka
tidak kelihatan terperanjat atau terkejut oleh bunyi yang kuat.
- Mereka
tidak berpaling untuk mencari sumber bunyi.
- Apabila
mereka mencapai umur satu tahun, mereka masih tidak dapat bertutur perkataan
mudah seperti "papa" atau "mama".
- Mereka
hanya akan berpusing untuk melihat anda apabila mereka dapat melihat anda,
tetapi bukan semasa anda berada di luar penglihatan atau memanggil mereka.
- Mereka
seolah-olah mampu mendengar sesetengah bunyi tetapi bukan bunyi lain.
Tanda-tanda
atau gejala-gejala untuk diperhatikan pada kanak-kanak kecil
- Mereka
mengalami kelambatan dalam pertuturan.
- Pertuturan
mereka tidak jelas atau sukar difahami
- Mereka
sering gagal mematuhi arahan anda.
- Anda perlu
sentiasa mengulang apabila anda bercakap dengan anak anda supaya dia faham.
- Mereka
menonton TV atau mendengar muzik dengan bunyi yang kuat.
- Mereka
sering bercakap dengan kuat, walaupun persekitarannya adalah sunyi.
Nota: Ini juga mungkin kerana mereka tidak
memberikan perhatian penuh atau tidak mengendahkan anda, tetapi jangan
mengabaikan kemungkinan bahawa ia adalah gejala kehilangan separa atau penuh
pendengaran.
Anda harus
berusaha untuk memerhati dan menganalisis reaksi anak anda terhadap
persekitarannya, terutama sekali bagaimana mereka bertindak balas terhadap
bunyi atau kepada anda apabila anda bercakap dengan mereka.
Pencegahan
Pencegahan
adalah kaedah yang paling baik untuk memelihara pendengaran anak anda. Berikut
adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mencegah jangkitan kuman
berlaku kepada telinga tengah anak anda:
- Menyusu
anak anda - susu ibu
mengandungi
antibodi yang boleh melindungi anak anda daripada pelbagai jenis penyakit.
Teruskan dengan penyusuan ibu sehingga anak anda mencapai umur dua tahun untuk
membina imuniti mereka.
- Elakkan
pendedahan kepada asap rokok asap rokok pasif adalah sangat berbahaya. Ia boleh
menyebabkan anak anda menjadi lebih terdedah kepada jangkitan kerana sistem
imun mereka akan dibebankan dengan toksin dalam asap rokok.
- Kebersihan
yang baik - mengamalkan kebersihan yang baik untuk mengurangkan dan mencegah
jangkitan bakteria
- Pengesanan dan rawatan awal - apabila anak
anda mengalami selesema yang berlanjutan atau kerap kali, bawa mereka untuk
berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
terima kasih atas info.. mcm2 jangkitan je skang ni.. baru2 ni ada seorang bekas pegawai kat ofis kene jangkitan kat paru2.. smoga kita semua dijauhkan dari penyakit2 camni..
ReplyDeletesama2..insyallah..moga2 kita dijauhkan semua dr penyakit..yg penting kena jaga kesihatan diri..:-)
Deletethanks for sharing the info dear... ^_^...info ni memang sangat berguna for people knowledge...
ReplyDeletebetul tu..:-)
Deleteperkongsian menarik dan informatif. gudjob :)
ReplyDeletethanks..:-)
Deleteperkongsian yang sangat berguna. panduan utk kt semua. in shaa Allah
ReplyDeleteinsyallah..moga2 bermanfaat..:-)
Deletegood info. kadang2 tak perasan simptom2 nya. tengok2 dah teruk.
ReplyDeletethanks..kena alert..takut2 nanti rosak terus telinga..pekak la..:-)
Deletetq info ni NL..
ReplyDeleteteringat pula sahabat sy..dia pun ada masalh pendengarnnya..
thanks..:-)
Deletethanks liyana, harus tahu juga ni, biar kita sentiasa berjaga2
ReplyDeletebetul tu..:-)
Deletegood info! :)
ReplyDeletethanks..:-)
Deletenice info beb :)
ReplyDeletethanks..:-)
Deleteinfo yang menarik untuk dikongsikan..
ReplyDeletethanks..:-)
DeleteInformasi yng baik bro !!
ReplyDeletethanks..:-)
Deleteassalamualaikum, thanks for sharing this good info. sesuai dijadikan panduan para ibu bapa :)
ReplyDeletewasalam..betul tu..ibubapa patut tahu tentang penyakit nie..:-)
Deletekena selalu perhatikan anak2 la kan
ReplyDeletenk p check ank buah la.. diorg okey ke x
a ah..boleh2..:-)
Delete