Pages

Wednesday, 20 February 2013

Panduan gaya rambut ikut bentuk muka



Bentuk segi empat atau kotak


Ini dapat dilihat menerusi dahi yang lebar, tulang pipi dan rahang seimbang sehing-ga terbentuk seperti kotak atau persegi. Pilih potongan rambut yang lembut dan agak bergelombang untuk menutupi bahagian dagu.


Elak potongan gaya geometri kecuali jika memang sengaja ingin menonjolkan kekuatan rahang. Hindari belahan rambut di tengah serta potongan rambut kaku.


Elak menyelit-kan rambut di belakang telinga.










Bentuk wajah panjang


Elak pemotongan rambut terlalu nipis terutama pada bahagian sisi kepala kerana ia memanjangkan lagi wajah anda. Seimbangkan wajah dengan potongan rambut yang menyatu di kedua-dua bahagian.








Bentuk wajah hati


Ciri-ciri bentuk wajah ini adalah dahi lebar, tulang pipi tinggi serta bentuk dagu meruncing. Elakkan panjang rambut paras dagu kerana akan membuat wajah kelihatan semakin runcing ke bawah. Pilih pelbagai poto-ngan yang membuat bahagian rahang penuh. Beri kesan kerinting pada bahagian hujung rambut.











Bentuk wajah bulat


Pilih potongan rambut yang lembut, berpering-kat atau gaya bob bertingkat untuk memberi kesan panjang dan ramping. Pada potongan rambut pendek, usahakan untuk menutupi bahagian pipi yang bulat. Boleh juga membuat potongan bertingkat bagi menutupi sisi wajah. Elakkan potongan terlalu pendek yang akan membuatkan wajah semakin bulat dan lebar.










Bentuk wajah segi tiga


Pilih potongan rambut ring-kas dengan bahagian rahang yang penuh. Potongan rambut kerinting atau bergelombang dapat menjadi alternatif bagi wajah segi tiga.










Bentuk wajah bujur


Bentuk wajah ini adalah paling ideal dan sesuai untuk semua potongan sama ada panjang atau pendek. Namun elakkan belahan rambut di tengah apabila anda memiliki bentuk hidung besar. Untuk menyeimbangkan bentuk wajah, cuba potongan bertingkat yang dimulai daripada tulang pipi.

4 comments:

  1. err tak sure lak muka saya bentuk ape. hihi..

    ReplyDelete
  2. Assalam wahh seronoknye info begini jemput kwn2 blogger hadir ke blog saya utk cantik :)dn pelbagai info yg menarik yg blh dikongsi bersama http://az-zahra-beauty.blogspot.com/

    ReplyDelete