Pages

Wednesday, 27 February 2013

Panduan penjagaan rambut kekal indah dan menawan




Tidak ramai wanita ingin berambut panjang kerana khuatir tidak mampu menjaganya sebaik mungkin. Namun, wanita yang memiliki panjang terurai akan terserlah kejelitaannya apatah lagi sekiranya rambut dijaga sebaik mungkin iaitu tidak kering, pecah, bercabang atau berkelemumur. 


Mendapatkan rambut sihat bukan hanya boleh dilakukan sekelip mata. Terdapat beberapa panduan supaya rambut kekal indah dan menawan sepanjang masa, antaranya:






  • Apabila bangun tidur, jangan terburu-buru menyikat rambut, leraikan dengan jari tangan untuk mengurai kekusutan rambut. Pilih sikat diperbuat daripada bahan asas kayu kemudian sikat dengan lembut dan rapi menggunakan tangan untuk me­ngelak hujung rambut berterbangan.





  • Wanita berambut panjang tidak cukup ha­nya menggunakan perapi sebaliknya lakukan perawatan seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilauan pada rambut.




  • Ketika menggunakan perapi atau bahan rawatan, cukup dengan hanya menyapu pada bahagian atas dan hujung rambut kerana bahagian itu paling penting.



  • Sebelum menggunakan syampu, sikat rambut terlebih dulu, begitu juga ketika rambut masih basah dan selepas memakai perapi. Ini bagi mengelak rambut menjadi kusut.



  • Terlalu kerap menggunakan pengering rambut akan menyebabkan kerosakan rambut dalam jangka panjang. Jadi gunakan pengering rambut sesekali saja dan pastikan pengering rambut tidak terlalu panas.



  • Jangan terlalu kerap menggulung rambut meng­gu­nakan alat penggulung rambut yang panas. Jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut dilindungi dengan produk rawatan untuk mencegah kerosakan.



  • Sekiranya suka berenang, selain menggunakan pelindung matahari untuk kulit, guna produk rawatan untuk melindu­ngi rambut daripada sinar matahari dan air berklorin di kolam renang.



  • Kekerapan memotong rambut bergantung kepada pertumbuhan rambut sese­orang. Sebaiknya, potong hujung rambut setiap 12 minggu untuk menghindari hujung rambut pecah. Sebaliknya jika rambut cepat tumbuh, potong setiap dua bulan sekali.



  • Jika bosan dengan rambut panjang dan merancang untuk memotong rambut pendek, cuba potong paras bahu terlebih dulu bagi mengelak penampilan dengan personaliti berbeza. Tetapi jika sudah pasti dengan potongan rambut diinginkan, lakukan saja. 
 

Jika hasilnya tidak seperti yang diharapkan, jangan putus asa kerana rambut akan kembali panjang.








6 comments:

  1. good tips. pernah rambut panjang sekali. leceh jugak nak jaga. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..memang leceh nak jaga...tapi rambut panjang cantik..hehe..:-)

      Delete
  2. klu rmbut pnjg mmg kne potong jgk mcm artikel at ats tuh ke?

    ReplyDelete
  3. salam kenal gan...
    Agar rambut kita tetap terawat dan cantik sebaiknya kita lakukan perawatan berapa hari sekali... apakah 2 hari sekali sama seperti yang dilakukan ketika kita merawat kaos kaki muslimah agar tetap awat

    ReplyDelete
  4. rambut panjang mmg penjagaan rapi...

    jom lawat blog saya, achiksuhaili.com

    ReplyDelete
  5. rambut panjang mmg penjagaan rapi...

    jom lawat blog saya, achiksuhaili.com

    ReplyDelete