Pages

Tuesday, 26 February 2013

Pesanan Khalifah Abdul Malik Marwan Untuk Guru Anaknya

Khalifah Abdul Malik bin Marwan



Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Beliau adalah Khalifah kelima Bani Umayyah yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi). 

Beliau seorang penghafal Al-Quran, cendekiawan ternama dan mempunyai pengetahuan agama dan Bahasa Arab yang tinggi.


Beliau banyak melakukan pembaharuan semasa zaman pemerintahannya, antaranya ialah mengeluarkan mata wang emas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, mewujudkan sistem birokrasi yang dianggotai oleh keluarga Marwan dan menubuhkan pasukan tentera khas sebagai tentera kerajaan. 


Pada zaman pemerintahan beliau jugalah, Qubbat Al-Sakhrah dibina di Baitul Muqaddis.






Qubbat Al-Sakhrah (Dome of Rock)






Pesanan Khalifah Abdul Malik Marwan kepada guru anaknya:


1. Ajarlah anak ku tentang kebenaran, sebagaimana engkau mengajarkannya Al-Quraan


2. Suruhlah mereka berpegang teguh kepada akhlak yang mulia
 

3. Serulah mereka untuk bergaul dengan orang-orang yang mulia dan ilmuwan
 

4. Hormatilah mereka di khalayak ramai dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, marahilah mereka secara tersembunyi


5. Pukullah mereka jika mereka berdusta


6. Perdengarkan mereka dengan syair-syair yang boleh menjadikan mereka lebih berani


7. Elakkan mereka daripada bergaul dengan orang-orang jahil



cikguhailmi

32 comments:

  1. InsyaAllah...akan sentiasa mencuba pegang pada pesanan itu

    ReplyDelete
  2. Seribu pilihan..anda di tag..huhu

    http://cintaitupasti.blogspot.com/2013/02/segmen-jom-jadi-blogger-pilihan-wan-2013.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. seribupilihan di tag?..terima kasih cheq kaq..nanti seribupilihan join ya..:-)

      Delete
  3. semoga memberi pengajaran kpd kita semua.

    ReplyDelete
  4. bagus! semoga para pembaca termasuk saya dapat mengambil pengajaran dari padanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..harap2 semua beramal dan ingat pesanan khalifah abdul malik marwan nie..

      Delete
  5. Terima kasih di atas sharing nie...
    Peringatan yang baik untuk kita semua ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..betul tu wilma..peringatan dan pengajaran yg baik utk semua..:-)

      Delete
  6. tak ramai antara kita minat membaca tokoh2 atau ilmuan islam kan? ramai yang tahu dan agungkan tokoh2 kafir.. Nie baru Khalifah Abdul Malik Marwan ramai lagi tokoh yang terbilang lahir dari Islam.. Bagus juga blog seribu pilihan update tentang kisah2 macam nie.. :) Pesanan Khalifah yang sangat baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..betul tu..pengetahuan dan ilmu harus disebar supaya dpt dimanfaatkan olh semua pembaca..:-)

      Delete
  7. Pengajaran & peringatan yg sgt baik utk semua. T kasih diatas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  8. bagus perkongsian kali ini


    baru knl siapa die

    ReplyDelete
  9. pesanan yang sangat hebat dari seorang hamba ALLAH yang mulia. Moga kita beroleh ibrah dari segala pesanan pemimpin Islam ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..semoga kita semua ingat pesan khalifah nie..:-)

      Delete
  10. kaedah mendidik dn mentarbiyah, 2x ditekankan ttg pergaulan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak mar..semoga kita mendpt pergaulan yg baik dgn orang2 disekeliling kita..:-)

      Delete
  11. satu perkongsian dan peringatan yang sangat baik..

    ReplyDelete
  12. seronok baca pasal sejarah islam

    ReplyDelete
  13. terima kasih utk perkongsian ni...:)

    ReplyDelete