Pages

Wednesday, 13 March 2013

Wanita, lelaki sama risiko sakit jantung




Stigma masyarakat mengenai penyakit jantung hanya menyerang golongan lelaki harus diperbetulkan kerana wanita juga berisiko mendapat penyakit nombor satu yang menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia itu.


Namun ramai kurang menyedarinya kerana ia tidak memberi isyarat awal dan susah untuk dikesan. Sebenarnya risiko mendapat penyakit ini sama saja di antara lelaki dan wanita.


Menurut Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Haizal Haron Kamar, golongan wanita tidak terkecuali mendapat penyakit jantung tetapi hanya lambat berbanding lelaki.


“Risiko wanita mendapat sakit jantung lebih rendah berbanding lelaki. Ini disebabkan wanita dilindungi estrogen tinggi ketika masih subur dan berupaya mengelakkan mereka diserang penyakit itu.





 “Risiko serangan jantung sebenarnya sama, baik bagi lelaki dan wanita. Bagaimanapun, faktor paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ialah disebabkan diabetes mellitus (gangguan metabolisme karbohidrat apabila gula dalam tubuh tidak dioksidasikan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon pankreas insulin) yang menjadi ‘ibu’ kepada penyakit kardiovaskular,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.


Kajian terkini dilakukan Women Heart Health Organisation (WH2O), organisasi naungan Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), terhadap 5,195 responden berusia dari 20 hingga 70 tahun mendapati bukan saja wanita, lelaki juga tidak mengetahui dengan jelas mengenai sakit jantung.


“Serangan penyakit jantung di antara lelaki dan wanita berbeza. Ada yang kebas tangan kiri hingga bahagian tengkuk manakala sebahagian pula pada bahagian tengah dada.


“Fakta serta salah tanggapan menjadi punca sakit jantung kekal di kedudukan nombor satu sebagai penyakit yang meragut nyawa wanita Malaysia.


“Bukan setahun dua, sebaliknya sejak 10 tahun lalu kebanyakan mangsa tidak mendapat rawatan pantas dan tepat, selain tidak tahu punca utama serangan penyakit itu,” katanya.


Jelasnya, ramai masih tidak ambil tahu dan kurang memberi perhatian terhadap penyakit ini kerana sering ‘dimomokkan’ jika sakit jantung saja pasti ia membabitkan golongan lelaki.


“Masyarakat perlu memperbetulkan andaian begitu kerana zaman sudah berubah. Tiada apa yang mustahil, apatah lagi corak kehidupan kita berubah sepenuhnya.


“Wanita lebih berwaspada terhadap penyakit seperti kanser payudara dan serviks hingga kurang mengambil berat kesihatan jantung mereka, walhal punca kematian akibat penyakit jantung adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian akibat kanser di kalangan wanita,” katanya.




Punca


  •   Usia - Risiko tinggi selepas menopaus
  •   Kolesterol berlebihan
  •   Tekanan darah tinggi
  •   Merokok
  •  Gaya hidup di bawah tekanan tinggi
  • Lemak berlebihan. Ukuran lilit pinggang melebihi 80 sentimeter meningkatkan risiko sakit jantung
  •   Kurang bersenam
  •   Kencing manis atau diabetes
  • Sejarah keluarga



Tanda serangan


  •   Sakit dada
  •   Sesak nafas
  •   Pening kepala
  •   Jantung berdebar



Faktor

1) Asap rokok


  •   Mempercepatkan pembekuan darah
  •   Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah
  •   Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung
  •   Tekanan
  •   Degup jantung dan tekanan darah akan meningkat jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan



2) Kandungan lemak tinggi


  •  Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak termasuk mentega, minyak sapi dan daging



3) Kurang bersenam


  •  Senaman penting untuk menguatkan jantung. Ia juga mampu memperbaiki pengaliran darah ke jantung



4) Darah Tinggi


  •  Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah. Jantung ‘terpaksa’ mengepam lebih kuat untuk menyalurkan darah melalui saluran yang sempit. Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar peluang diserang sakit jantung



5) Kencing manis


  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluang untuk mendapat serangan jantung



Faktor lain yang meningkatkan kemungkinan menghadapi penyakit jantung koronari


  •   Keturunan menghidap penyakit jantung
  •   Berusia 35 tahun ke atas dan berat badan berlebihan
  •   Merokok
  •   Gagal kawal tekanan darah
  •   Hidap penyakit kencing manis
  •   Tekanan
  •   Kurang bersenam



Mengurangkan risiko sakit jantung


  •   Berhenti merokok
 
  •   Mengambil ubat dan mengawal pemakanan jika mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis
 
  •   Kawal tekanan
 
  •   Banyakkan memakan daging putih seperti ayam dan ikan serta jangan terlalu kerap memakan daging merah seperti daging lembu, kambing, kerbau dan yang sepertinya
 
  •   Mula bersenam
 
  •  Gentian serat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian lemak atau kolesterol, oleh itu pakar pemakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran dapat mengurangkan jumlah kolesterol yang diserap badan.

6 comments:

  1. saya ada sejarah keluarga sakit jantung.. so, dah termasuk dalam golongan high risk factor.. kna jaga2 dah skrg ni..

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni especially kpd blogger2 dan org2 yg kerjanya bnyk duduk dpn pc dan menaip.. Kena amalkan exercise dan etika pemakanan yg betul. Penyakit ni mmg x boleh dijangkakan, jadi banyak2lah kita berdoa agar dihindari dari penyakit2 spt ini. Tq

    ReplyDelete
  3. Stress juga merupakan punca utama kepada masalah jantung. Kadar stress yang tinggi akan menaikkan lagi risiko untuk mendapat serangan jantung walaupun individu tersebut berada dalam keadaan yang sihat dan 'fit'. Kini terdapat kaedah rawatan sakit jantung yang bebas surgeri (non invasive), tanpa ubatan dan tanpa kesakitan yang dikenali sebagai Enhanced External Counter Pulsation (EECP). Kaedah ini sudah lama diiktiraf di negara Barat seperti USA dan UK dimana ia mampu memulihkan masalah vaskular (saluran darah) yang tersumbat terutamanya untuk menyelesaikan masalah bahagian jantung dan otak (stroke). Pesakit kini tidak perlu lagi menjalani pembedahan pintasan jantung (by-pass) atau stenting/balloon selepas menjalani rawatan EECP ini yang 100% selamat dan berkesan. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk www.cardiocare-eecp.blogspot.com atau hubungi 019-6681786.. Kini EECP terdapat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  4. Very good article! Keep up the good work. Marilah kita sama2 berusaha untuk sihatkan tubuh badan kita..Insya Allah.

    http://ruangsayanaksihat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Untuk mengatasi risiko penyakit jantung, boleh cuba minya kelapa dara.
    http://muslimchoices.com/?p=minyak_kelapa_dara&s

    ReplyDelete