Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor
yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan
sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang. Bila tidur tiada bau
yang keluar.
Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna
diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna “carotenoids”. Boleh mengambil
lasa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.
Ketam terkenal berjalan dari sisi!.
Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.
Hanya unta simpan kebanyakkan lemaknya di dalam bonggol. Jika
makanan, sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan
mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu
rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat
menyimpan air seperti anggapan orang ramai.
Penglihatan “moose” (rusa besar) tidak baik dan mereka
bergantung kepada deria bau yang tajam.
Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak
mengeluarkan haba. Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan
10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba.
Kebanyakkan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.
Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa
menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit. Dengan cara
ini oksigen digunakan lebih perlahan. Oleh itu, ia boleh berada di dalam air
lebih dari 30 minit.
No comments:
Post a Comment