Liga Super
|
LIGA Super
pada musim ini mencatat sejarah buruk dalam rekod perlawanan apabila pasukan
Lions XII dari Singapura membelasah Sabah 9-0 di Stadium Jalan Besar,
Singapura, malam ini.
Dengan
kejayaan tersebut, Lions XII terus mengutip tiga mata penuh dan berada di
kedudukan teratas liga dengan kutipan 47 mata selepas 23 perlawanan.
Pesta gol
pasukan Lions XII bermula apabila Agu Casmir menjaringkan gol pertama pada
minit ke-19 diikuti dua gol oleh Hariss Harun pada minit ke-22 dan 44.
Shahdan
Sulaiman kemudianya menambah kedukaan pasukan lawan apabila menjaringkan dua
gol pada minit ke-62 dan 64.
Baki empat
gol skuad Lions XII lagi dijaringkan oleh Irwan Shah pada minit ke-68, Hariss
Harun (73), Sufian Anuar (84) dan Shahrul Azhar menutup tirai
jaringan pada minit ke-89.
jaringan pada minit ke-89.
Sementara
itu, Kelantan terus mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan Kedah 2-1 di
Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Kesilapan
yang dilakukan oleh pemain Kedah, Mohd Fazliata Taib membawa padah apabila
beliau menjaringkan gol sendiri pada minit terakhir separuh masa pertama.
Kelantan
membuka tirai jaringan menerusi Mohamad Ghaddar Mahmoud pada minit ke-22
manakala gol saguhati Kedah dijaringkan oleh Khairul Muhaimen pada minit ke-88.
Di Stadium
Perak, Ipoh, Perak mengalahkan Johor FC 2-1.
Gol tuan
rumah dijaringkan oleh Mohd Fariuddin Roddin seawal minit kesembilan dan Albert
Bodjongo pada minit ke-49 manakala gol saguhati Johor FC disumbangkan oleh Arthur Henrique pada minit ke-68.
Selangor
pula menang tipis 1-0 kepada Sarawak di Stadium Negeri Sarawak, Kuching dan gol
tunggal pasukan pelawat dijaringkan oleh Bosko Balaban seawal minit kelapan.
Felda United
pulu mengalahkan Negeri Sembilan 1-0 dengan hasil jaringan Farderin Kadir pada
minit ke-74.
Manakala
Kuala Lumpur seri 1-1 kepada Selangor PKNS di Stadium Majlis Bandaraya Petaling
Jaya (MBPJ) Kelana Jaya. - Bernama
No comments:
Post a Comment