Pesawat angkasa lepas AS mendarat
tanpa juruterbang di Pangkalan Tentera Udara Vanderberg, California kelmarin.
LOS ANGELES - Sebuah pesawat angkasa lepas tanpa juruterbang
milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-37B mendarat di Pangkalan Tentera
Udara Vandenberg di California kelmarin selepas 15 bulan berada di angkasa
lepas.
Kapal angkasa itu berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape
Canaveral di Florida pada Mac tahun lalu.
Kapal angkasa seberat 4,989 kilogram dan panjang 8.8 meter
itu dibina oleh syarikat Boeing.
Projek membina kapal angkasa itu telah bermula pada tahun
1999.
Ia dihantar ke angkasa lepas untuk menguji teknologi baharu
tentera AS.
Projek rahsia itu telah mencetuskan spekulasi tentang peranan
X-37B dalam tentera AS dengan sebahagian pendapat menyatakan ia akan digunakan
untuk tujuan mengintip dan menghantar satelit kecil.
Kapal angkasa itu direka bagi membolehkan ia berada di
angkasa lepas selama 270 hari. - Agensi
No comments:
Post a Comment