APABILA sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk
merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena kalau
pasangan kita atau rakan serumah berdengkur?
Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi
dengkur diri sendiri yang macam enjin ‘turbo’ itu mengganggu tidur orang lain.
Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita
selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran
pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak
sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.
Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini
mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang
menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.
Daripada terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita
cuba kurangkan masalah itu. Tidaklah segan sangat nanti apabila terpaksa
menumpang dekat rumah orang. Jangan pula disebabkan dengkuran berkuasa ‘turbo’,
tuan rumah yang tak boleh tidur.
Cara atasi masalah berdengkur
- Ubah posisi tidur
Apabila
lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia
akan menyebabkan kita berdengkur.
Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.
- Turunkan berat badan
Orang yang
mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini
berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur.
Jadi, langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.
- Hindari ubat penenang atau sedatif
Apa pun
jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan
menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf,
seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.
- Hidu wap air sebelum tidur
Hidung
tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air
panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut
wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung
kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.
- Habuk
Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.
tq share info....
ReplyDeletebakal suami mmg kuat berdengkur....sy drive, dia tido pun berdengkur x ingat dunia...
:-)..
Deleteinfo bagus..ada orang kata berdengkur sebab terlalu penat..
ReplyDeletememang pon..satu lg orang ada resdung memang senang tidur berdengkur nie
Deletemmg menarik bila tgk posisi2 tido tu...haha
ReplyDelete:-)
Deletenice..
ReplyDeletebenci betol dengar bunyi dengkur.
rasa nak picit je hidung org tu.
hehehe.
hehe..:-)
Deletehehe dengkur mmg mganggu.. tp ape boleh buat.. huhu buat pekak jela
ReplyDeletea ah..betul tu cik mar..nak marah pon bukan dia sengaja nak tidur cam tu kan..:)
DeleteBerdengur nie..biasanya , orang yg tidur berdengkur x tahu dia tidur berdengkur... kecuali isteri atau rakan sebilik yang bagitahu...
ReplyDeletemselim3
psl: Kalu tidur berdengkur tutup aje dengan bantal..heheheh
hehe..:-)
DeleteHehehe.. kesian sebenarnya pada yang berdengkur. Dah lah badan tak dapat tidur lena. Penat tau dan haus sangat tekak kalau berdengkur. Kita yang mendengar pon rasa penat. Haha. Tapi sama-samalah kita tolong kawan-kawan kita yang dengkur ni. Kalau boleh biarkan diorg tidur mengiring.
ReplyDelete