SEJUMLAH orang memberi penghormatan
terakhir terhadap Bin di Rumah Pengebumian Hangzhou di Hangzhou semalam.
BEIJING - Ribuan penduduk di bandar Hangzhou, China semalam
memberi penghormatan terakhir terhadap jenazah seorang wira rakyat, Wu Bin yang
telah menyelamatkan nyawa 24 penumpang bas.
Mereka memberi penghormatan terakhir itu di Rumah Pengebumian
Hangzhou.
Bin, 48, digelar sebagai wira selepas dia bertindak membrek,
menukar gear dan memberitahu penumpang supaya tidak merayau-rayau di lebuh
raya.
Dia melakukan perbuatan itu walaupun dadanya ditusuk dengan
serpihan logam tajam yang menembusi cermin basnya semasa dia memandu pada 29
Mei lalu.
Bin meninggal dunia pada Jumaat lalu selepas dia mengalami
kecederaan akibat ditusuk logam itu.
Pemerintah China memberikan anugerah Pekerja Contoh Wilayah
bagi mengiktiraf keberanian Bin. - Agensi
No comments:
Post a Comment