Adakah anda mengalami pedih ulu hati (heartburn)?.Disini saya
akan memberikan sebab-sebab mengapa anda mengalami masalah penyakit ini:-
Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut mengganggu bahagian
bawah esophagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali
sebagai Lower Esophageal Sphincter ( LES ) tidak tertutup. Asid ini memasuki
esophagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan
menyebabkan kesan kimia terjadi. Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit
dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. Pedih ulu hati
adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ia tidak perlu
dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali-kali malah ada yang
setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan
memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro
Esophageal Reflux Disease ( GERD ).
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis
termasuk:
- Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
- Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
- Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau cecair panas masam, masin di belakang tekak
- Sendawa
- Batuk yang teruk
- Suara menjadi serak
- Pernafasan berbunyi seperti serangan asma
- Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk,
anda memerlukan diagnosis gastroesophageal reflux, Barret’s esophagus, peptic
ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan diagnosis
tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret’s
oesophagus.
No comments:
Post a Comment