APABILA kita mengenali seseorang individu sama ada lelaki
atau perempuan dan terasa ada kesesuaian pastinya jauh di lubuk hati ada
keinginan mengetahui sejauh manakah perhubungan itu akan sampai.
Untuk mengetahui setakat mana perhubungan, sama ada dia hanya
sekadar rakan biasa, rakan tertawa semata mahupun insan yang bakal menjadi
individu yang penting dalam hidup, ini ada beberapa panduan untuk mengenali
bahawa si dia juga mahu menjadikan perhubungannya dengan lebih jauh.
Maknanya bukan sekadar menjadi rakan biasa, namun lebih
daripada itu. Mungkin belum tahapnya si dia akan mengucapkan perkataan sayang
mahupun cinta. Namun gerak-gerinya boleh dibaca bahawa perhubungan itu
sebenarnya boleh pergi lebih jauh malah sedang menuju ke alam persefahaman yang
nyata.
Tanda-tanda ini sebenarnya bergantung kepada bahasa badan.
Jika si dia melihat ke dalam mata ketika bercakap si dia sebenarnya memberikan
sepenuh perhatian kepada anda berbanding rakan-rakan lain.
Namun, keadaan ini sebenarnya tidak praktikal sekiranya dia
atau anda sedang memandu. Namun
sekiranya ia melibatkan perbualan dari hati ke hati, dia akan memberi sepenuh
perhatian kepada anda dengan mengalihkan badannya ke arah anda dan memerhatikan
ekspresi wajah anda. Ini adalah petanda bahawa dia ingin mengetahui apa yang
anda sedang fikirkan.
Jika teman lelaki anda bertanya tentang kisah silam anda,
impian dan kemahuan anda, keperluan dan bagaimana anda mahu diinspirasikan
olehnya, hem... hem... si dia sebenarnya sudah mula ingin mengenali diri anda
lebih jauh.
Cara dia memberikan anda pelukan dan belaian adalah berlainan
daripada yang biasa dia lakukan terhadap anda sebelum ini. Bukan berbentuk
rangsangan seksual namun belaian berdasarkan rasa keikhlasan.
Dia juga akan cuba mententeramkan anda ketika anda berada
dalam keadaan hari-hari yang teruk.
Si dia boleh diharapkan dalam keadaan yang sukar bagi hidup
anda di saat orang lain mula menjauhkan diri mahupun buat tidak tak tahu dalam
hidup anda. Tandanya hubungan anda telah memasuki satu fasa berlainan - mungkin
setingkat lagi.
Dia memberi anda hadiah yang istimewa bukan bermakna
memberikan hadiah yang paling mahal. Namun mungkin sekadar kad buatan tangan,
memberi sepotong kek yang cantik, memberi bunga-bungaan untuk hari jadi anda,
itu juga sifat nyata yang si dia mahu menjalinkan hubungan dengan anda dalam
tingkat yang seterusnya.
Si dia membuatkan anda terasa sangat istimewa sesekali
menyatakan betapa dia melihat anda kelihatan cantik di matanya atau anda
kelihatan menarik buatnya.
Dia mahu anda berjumpa dengan rakannya atau orang yang penting dengan dirinya. Itu tanda si dia mahu anda mengenali insan atau rakan-rakannya yang penting.
Anda merasa persahabatan anda dengannya semakin mesra dan
anda merasa selesa dengannya begitu juga dengan si dia.
Dia suka menghabiskan masa dengan anda dan melayan anda
sebagai seorang teman karib dan memberitahu perancangan dan impiannya.
Berkongsi pandangan dan cita rasanya dengan anda itu juga salah satu keadaan
yang mana hubungan anda sebenarnya sedang berada pada tahap yang sempurna untuk
diteruskan.
No comments:
Post a Comment