Ghaddar didakwa menjadi mangsa
kekasaran melampau pemain Selangor.
PERSATUAN
Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam, membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain
Selangor, Amri Yahyah dan Bunyamin Omar ke atas pemain importnya,
Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super, 29 Jun lalu.
Setiausaha
Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut
daripada badan induk bola sepak itu.
"Surat
aduan berserta klip video perlawanan dihantar kepada FAM tadi (semalam) selepas
kami mengumpul bahan bukti dan membuat analisis. Kini terpulang kepada
Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka
kertas dakwaan atau tidak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara
itu, ketika ditanya mengenai dakwaan mengenai sikap Ghaddar yang dikatakan
sering cuba melakukan provokasi kepada pihak lawan, Azman berkata, tidak
menyedari perkara tersebut kerana pemain dari Lubnan itu tidak mempunyai
sebarang masalah dengan pihak persatuan mahupun rakan pasukan yang lain.
Mengakui
mereka selalu berdepan dengan masalah komunikasi dengan pemain berusia 28 tahun
itu, Azman bagaimanapun enggan bertindak terburu-buru untuk menghukum pemain
berkenaan.
"Setakat
ini Ghaddar tiada sebarang masalah dalam pasukan mahupun pihak pengurusan. Saya
tidak tahu apa yang berlaku di padang, namun saya pasti masingmasing ada sebab
tersendiri mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan.
"Sekiranya
benar pemain Kafa melakukan sebarang kesalahan, kami pasti akan menyiasat kes
tersebut secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap
mereka," katanya
No comments:
Post a Comment