SEORANG anggota Palang Merah kemudian
memanjat monumen Estela de Luz untuk menemui lelaki tersebut.
BANDAR RAYA
MEXICO - Seorang penunjuk perasaan anti-Parti Institusi Revolusi (PRI) memanjat
monumen Estela de Luz setinggi 117 meter di sini untuk menuntut Presiden baharu
Mexico, Enrique Pena Nieto bersemuka dengannya, lapor media tempatan semalam.
Lelaki
berkenaan ditahan polis selepas seorang anggota paramedik Palang Merah berjaya
memujuknya supaya turun daripada monumen tersebut.
Kelmarin,
ribuan penunjuk perasaan berarak di ibu kota Mexico, di sini kerana membantah
kemenangan Pena Nieto dalam pilihan raya Presiden negara itu.
Mereka
menuduh calon PRI itu membeli undi dan membayar beberapa rangkaian televisyen
tempatan untuk menyokong kempennya.
PRI pernah
memerintah di Mexico selama 71 tahu.
Monumen
Estela de Luz dibina pada 2011 bagi meraikan kemerdekaan Mexico daripada
Sepanyol pada 1821. - Agensi
No comments:
Post a Comment