ANGGOTA pemberontak perkotak-katik
mayat Gaddafi.
TRIPOLI:
Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin
Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di
Internet, semalam.
Dalam video
yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas
pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak
patung untuk dipersenda. Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis
antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden
Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat
disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan
dibunuh oleh tentera pemberontak.
Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi.
Mayat itu
tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai.
Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu.
GAMBAR dari YouTube menunjukkan mayat
Gaddafi yang dibunuh pemberontak Libya pada 20 Oktober tahun lalu.
Beberapa
lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing.
Mayat
Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat
kelihatan seperti pengusung.
Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: “Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar.” Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi.
Ia disiarkan
kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya
akan dimenangi oleh parti liberal sekular.
Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969.
Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. - DM
No comments:
Post a Comment