Bila lelaki
benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan
sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,
tiba-tiba semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan
relanya.
Bahkan
lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.
Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hati dilukai.
Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah, diantara tanda-tanda lelaki yang
jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia
bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana
terpaksa.
2. Dia
sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat
bercakap.
3. Dia
banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya.
4. Dia akan
berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang
meluap-luap.
5. Dia
sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia
sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa
curiga.
7. Dia tidak
suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah
rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian
padanya.
9.
Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia
mahukan kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia
menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa
saja.
11. Dia
pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan
menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia
sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia
mementingkan kekasihnya dari dirinya sendiri.
15. Dia
kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih
kuat dari kekasihnya.
16. Dia
tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting
dengannya.
17. Dia akan
cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu
kekasihnya dengan sabar.
18. Dia
membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau
dia ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan
cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasih kembali
padanya.
20. Apabila
timbul orang kedua, dia akan hilang akal dan sanggup buat apa saja untuk
merebut kembali kekasihnya.
21. Dia
menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup
menyerahkan harta walaupun nyawa sendiri.
22. Dia
tidak akan berlaku curang pada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian
itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.....
No comments:
Post a Comment