expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 9 July 2012

Red Giants buru slot 3 terbaik




BERBAKI tiga perlawanan sebelum berakhir saingan Liga Super, Selangor berkeyakinan tinggi menamatkan saingan musim ini di kelompok tiga pasukan teratas.


Bakal bertemu Kuala Lumpur malam ini, disusuli pertembungan menentang Sabah di laman sendiri 10 Julai ini, sebelum bertandang tempat lawan bertemu Terengganu, jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim mahu pemainnya  memanfaatkan peluang meraih tiga mata penuh.


Bagi Irfan, komitmen dipersembahkan pemain dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini membuktikan keyakinan tinggi untuk memahat nama selaku pasukan ketiga dalam saingan Liga Super musim ini.


“Saya yakin dengan kemampuan pemain, mereka mampu pastikan pasukan menang ketiga-tiga perlawanan.


“Namun perlu diingat pemain tidak harus mengambil mudah siapa pun lawan walaupun rekod pertemuan sebelum ini memihak kami,” katanya tidak mahu pemain leka dengan kejayaan sebelum ini.


Selangor kini berada di tangga keempat dengan 37 mata hasil 10 kemenangan, tujuh seri dan enam kekalahan meletakkan Red Giants di tengah- tengah pertempuran antara Perak dan Terengganu.


Ketika keinginan melonjak mencari kemenangan, sudah tentu skuad Merah Kuning turut mengharapkan Perak dan Terengganu keciciran mata pada baki perlawanan akan datang.


“Buat masa ini kita perlu fikirkan kemenangan Selangor sebelum melihat pesaing,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com