MENURUT
statistik terbaru yang dikeluarkan oleh International Federation of Football
History and Statistics (IFFHS), Kelantan FA kini menduduki ranking ke-156
kelab-kelab dunia.
Juara Piala FA 2012 itu berjaya melonjak 17 anak tangga berbanding pada kedudukan lama, ke-173.
Malah,
pencapaian skuad kendalian Bojan Hodak itu mungkin berubah lagi selepas
merangkul gelaran Piala Liga Super musim ini.
Paling
membanggakan, pasukan The Red Warriors mengatasi kelab elit dunia seperti
Newcastle United (164), Galatasaray (168) dan Los Angeles Galaxy (210) yang
turut disertai David Beckham.
Jika ranking
jadi ukuran, TRW dijangka tidak menghadapi masalah membenam kelab Iraq, Arbil
Sport Club yang kini berkedudukan 218 dunia pada saingan suku akhir Piala AFC
pada 18 dan 25 September depan.
No comments:
Post a Comment