HEUER (dua dari kanan) melihat skrin
yang mendedahkan tentang penemuan 'partikel Tuhan' pada satu seminar di
Organisasi Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear, Geneva semalam.
GENEVA,
Switzerland - Saintis-saintis makmal Organisasi Eropah Untuk Penyelidikan
Nuklear (CERN) bersorak gembira selepas mereka menemui partikel subatom baharu
yang menyerupai partikel Higgs Boson yang dicari selama ini, kata satu
kenyataan makmal berkenaan di sini semalam.
CERN
merupakan makmal terbesar di dunia yang melakukan eksperimen perlanggaran
antara atom.
Partikel
baharu itu juga digelarkan sebagai 'partikel Tuhan'.
Pengumuman
tentang penemuan itu dibuat oleh beberapa saintis CERN kepada media di sini
semalam selepas didedahkan pada satu seminar tentang partikel berkenaan.
Penemuan itu
menjelaskan tentang aspek kenapa semua benda di alam semesta mempunyai berat
dan bentuk.
Partikel
baharu itu akan 'melekat' pada benda yang membolehkan sesuatu benda tersebut
mempunyai bentuk dan saiz.
"Kami
kini menemui elemen penting yang membuka lembaran baharu bidang fizik
partikel," kata Pengarah CERN, Rolf Heuer kepada sekumpulan saintis di
sini.
"Pendek
kata, saya berpendapat kami telah berjaya. Kami menemui partikel baharu yang
konsisten dengan Higgs Boson," tambahnya seperti dilaporkan agensi berita dpa.
Nama Higgs
Boson datang daripada seorang ahli fizik Britain, Peter Higgs yang membayangkan
kewujudan partikel pemberi jisim pada alam semesta ketika dia bersiar-siar di
Pergunungan Cairngorm, Scotland, pada tahun 1964.
Partikel
tersebut dilihat sebagai kunci kepada pemahaman tentang kenapa setiap objek
mempunyai jisim yang apabila bercantum dengan graviti, akan memberikan berat
pada objek berkenaan.
Penemuan
terbaharu ini dilihat sama pentingnya dengan penemuan graviti oleh saintis
Britain, Isaac Newton.
Pengetahuan
tentang partikel Tuhan dapat memberikan pelbagai kegunaan dan faedah kepada
para saintis.
Penemuan itu
diperoleh selepas beberapa eksperimen dilakukan dengan menggunakan sebuah mesin
penghentam atom CERN juga dikenali sebagai Penghentam Hadron Besar (LHC) yang
berharga AS$10 bilion (RM31.5 bilion).
Mesin itu
dibina di sempadan Switzerland-Perancis. - Agensi
No comments:
Post a Comment