Shard London Bridge muncul bangunan
tertinggi di Eropah Barat.
LONDON -
Shard London Bridge setinggi 309.6 meter dibuka dengan rasminya oleh Perdana
Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassem Bin Jabor Al Thani dan putera Queen
Elizabeth II, Prince Andrew, Duke of York, semalam.
Bangunan 72 tingkat itu adalah mercu tanda terunggul di London dengan rekaan tirus bercermin sekali gus menjadi bangunan tertinggi di Eropah Barat.
Jika tiada awan, orang ramai dapat melihat Perancis melalui ruang tinjau di tingkat teratas dengan bayaran 25 pound (RM123).
Bangunan yang siap selepas 12 tahun pembinaan itu, menempatkan ruang pejabat, hotel, pangsapuri eksklusif, tiga tingkat restoran dan ruang tinjau serta berada di kedudukan ke-59 senarai bangunan tertinggi dunia.
No comments:
Post a Comment