Kos sara hidup yang tinggi punca
utama anak-anak kecil dijual dan didagang secara haram di China.
BEIJING -
Seramai 181 kanak-kanak diselamatkan daripada sindiket utama penyeludupan
manusia selain 802 orang ditahan dalam satu operasi terbesar di China,
kelmarin.
Menteri
Keselamatan Awam China, Meng Jianzhu berkata, operasi terbaru di 15 wilayah
utama negara itu menumpaskan dua sindiket terbesar dan membawa kepada
penangkapan ketua-ketua kumpulan terbabit.
Jenayah penyeludupan kanak-kanak merupakan masalah besar di China susulan penguatkuasaan dasar kerajaan yang mengehadkan kebanyakan pasangan di bandar memiliki seorang anak dan dua anak bagi pasangan di luar bandar sekali gus mendorong kepada penjualan anak jika pasangan itu mempunyai lebih dari yang ditetapkan.
Kebanyakan bayi yang diculik akan didagangkan secara haram, tetapi sebahagiannya dijual oleh keluarga yang terlalu miskin.
No comments:
Post a Comment