Dari era Minnie Mouse yang menggayakan ruffled skirt sehingga
menjadi signaturnya hingga kepada Betty Page yang memakai bikini lantas menjadi
pin-up paling popular pada zamannya, fesyen corak polka dot telah lama dipakai
dan diterima oleh semua, khususnya penggemar fesyen dengan hati terbuka.
Ia adalah definisi kepada gaya flirty & innocent
serta tren kewanitaan dalam fesyen. Ia juga bukan hanya untuk pakaian, tetapi
termasuk juga aksesori dan hiasan rumah.
Ramai pereka fesyen antarabangsa dan tempatan gemar bermain
dengan reka corak polka dot. Mereka memperbaharuinya dalam kombinasi warna
indah di atas rekaan pakaian (sama ada gaun, skirt, kemeja, bikini dan juga
tali leher) dan aksesori (tali pinggang, skarf dan rantai) yang cukup dramatik
serta menggoda.
Pernyataan polka dot
Reka corak klasik itu kelihatan cukup segar serta ceria
apabila dipadankan dengan gaya siluet dan fabrik yang lebih sofistikated.
Polka dot hebat digayakan untuk acara siang ataupun malam.
Reka corak itu terdapat dalam pelbagai saiz (kecil hingga ke besar serta yang
lebih abstrak) dalam warna penuh variasi. Pilihannya juga tidak terbatas serta
menarik digayakan untuk aktiviti kasual ataupun formal.
Secara amnya, polka dot bersaiz suku inci memberi gambaran
lebih santai, manakala yang bersaiz liang jarum kelihatan lebih formal.
Warna hitam dan putih merupakan kombinasi klasik reka corak
itu yang selalunya muncul dalam pakaian untuk acara-acara formal, manakala
padanan warna coklat dan putih pula dapat memberikan nafas kontemporari kepada
reka corak klasik.
Berbanding dengan reka corak yang kecil, polka dot bersaiz
besar cukup segar dan memikat golongan muda mudi. Rona yang menjadi pilihan
mereka pula adalah warna terang dan berani. Pemakaian skarf, baju (top) dan
rantai dalam reka corak itu juga membangkitkan gaya trendy dan hip & cool
sealiran tren masa kini.
Antara gaya dalam reka corak polka dot yang menjadi ikutan
adalah gaun digayakan dengan leggings, wrap dress, gaun potongan baby doll dan
gaun dengan pemakaian tali pinggang bersaiz lebar (wide belt).
Tidak ketinggalan gaun tanpa lengan, baju halter, skirt
kembang dan pelbagai variasi gaya yang lain.
Bagi mereka yang mahukan alternatif selain pakaian, anda
boleh mendapatkan aksesori kecil ataupun kasut (footwear) dalam reka corak
polka dot.
Untuk kaum lelaki pula anda boleh mendapatkan tali leher
ataupun stoking dengan polka dot kecil putih berlatarkan rona biru kelasi
(navy). Apa pun terpulang kepada cita rasa anda sendiri kerana yang penting
anda berani mencuba.
Sememangnya rekaan polka dot adalah sebahagian daripada
kegilaan memori retro dan ia menjadi tren semula kerana sama ada kita percaya
atau tidak, ia membuatkan kita rasa ceria gembira apabila memakainya.
No comments:
Post a Comment