MAHKOTA emas yang
ditemui di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari, Bulgaria.-REUTERS
SOFIA - Sejumlah artifak emas pada abad ketiga Sebelum Masihi
dipamerkan oleh pihak Muzium Arkeologi Bulgaria di sini kelmarin.
Antara artifak yang ditemui itu ialah patung emas berbentuk
muka kuda, cincin, mahkota dan gelang emas.
Sekumpulan ahli arkeologi menemui artifak itu semasa
melakukan kerja-kerja penggalian di sebuah makam dekat Kampung Sveshtari di
utara negara ini.
Artifak tersebut milik suku kaum Thrace, Getae pada akhir
abad keempat atau permulaan abad ketiga Sebelum Masihi.
Menurut ketua pasukan arkeologi itu, Diana Gergova, makam
tersebut mungkin mempunyai kaitan dengan pemerintah Getae, Cothelas.
Dia berkata, ia kemungkinan ditanam pada satu majlis
pengebumian. - Agensi
No comments:
Post a Comment