expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

Nabi Musa dengan Nabi Khidhr



I



Firman tuhan dalam Al-Quranul-karim : “ Ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada seorang pemuda : “ Saya akan terus berjalan, sehingga sampai di pertemuan dua laut atau saya teruskan perjalanan beberapa lamanya.”

Suratul-Kahfi : 60

          


              Setelah nabi musa dilantik menjadi khalifah di muka bumi, sesudah mencapai kemenangan di negeri Mesir, Allah subhanahu-wa-taala memerintah beliau mengingatkan kaumnya tentang nikmat-nikmat yang telah dikurniai tuhan ke atas mereka, lalu Musa berdiri mengadakan pidato kepada kaumnya di mana di antara lain beliau berkata:



            “Allah telah menganugerahi kepada kita nikamt-nikmat yang maha besar, oleh itu marilah kita berterima kasih kepadaNya. Allah telah memilih Nabi kamu dan Allah telah berkata-kata dengannya.”



              Kaumnya menjawab berupa cabaran : “ Kami telah tahu tentang hal ini. Sekarang kami ingin tahu, siapakah manusia yang paling alim?”



              “Sayalah orang yang paling alim, jawab Musa dengan tegas. Dengan jawapan ini Allah menempelak Musa kerana jawapannya itu mengandungi keangjuhan, sedangkan tuhan tidak suka kepada orang-orang yang angkuh. Oleh yang demikian, Allah menurunkan wahyu kepada Musa :



                “Ada seorang hamba yang lebih alim daripada engkau. Engkau tidak mengetahui sesuatu kecuali apa-apa yang kami mahu engkau mengetahuinya sahaja.”



                 Kemudian Musa bertanya sendirian dengan penuh keraguan :



                 “Tuhanku! Adakah orang lain yang lebih alim dan lebih mengetahui daripadfa aku?”



                  “Ya! Ada seorang hamba yang lebih alim dan lebih mengetahuidaripada engkau. Ia tahu apa yang engkau tidak tahu,” jawab tuhan kepada Musa.



                   “Oh Tuhanku! Siapakah hamba itu? Tanya Musa dengan penuh semangat ingin mengetahui. “Di mankah aku boleh bertemu dengannya. Ingin benar aku hendak menemuinya.”



                   “Dia sekarang tinggal di pertemuan dua laut ( laut Rum dengan laut parsi). Engkau boleh berjumpa dengannya,” jawab tuhan memeberi keterangan kepada Musa.



                    Mendengar jawapan itu, Musa riang gembira, kemudian ia berkata : “Ya rabbi! Oh Tuhanku! Aku ingin bertemu dengannya. Bagaimanakah jalan, untuk aku bertemu dengannya?’’



                    “Allah menegas : “Pergilah! Aku akan beri panduan dan arahan yang akan menunjukkan engkau untuk menemuinya.”



                    Setelah itu mulailah Nabi Musa bersiap sedia untuk berangkat menemui seorang hamba Allah yang lebih alim dan lebih mengetahui daripadanya.



II



Hasrat ingin bertemu dengan seorang hamba Allah yang sealim-alimnya menggaru-garu di hati Musa. Dia bercita-cita akan berangkat segera menemuinya. Sebelum meneruskan cita-citanya itu, Musa lebih dahulu menemui seorang pemuda kesayangan dan harapannya iaitu Yusyak bin Nun. Itulah satu-satunya pemuda harapannya, pemuda yang tulus ikhlas dalam segenap gerak langkah terhadap Musa, dia beriman dengan segenap hati dan sepenuh jiwa raganya. Ia belajar dan memetik ilmu pengetahuan daripada Musa. Dengan tenang dan gembira Musa berkata :



               “Oh Yusyak! Aku telah mengambil keputusan akan mengadakan satu perjalanan, entah jauh entah dekat aku pun tidak mengetahui. Aku hendak menemui seorang hamba Allah yang alim lagi soleh. Tetapi aku tak tahu di mana tempatnya. Sudikah engkau turut bersama-sama aku?.”



                Dengan penuh keikhlasan Yusyak menjawab : “Bila-bila masa sahaja saya sentiasa bersedia untuk bersama-sama tuan. Saya tetap taat setia dan patuh kepada tuan. Bilakah kita hendak berangkat?.”



                 Musa tersenyum girang lalu menjawab : “ Kita akan berangkat dengan seberapa segera.”



                  “ Kita hendak naik apa tuan?” Tanya Yusyak. Dan ikut ala mana kita pergi?.”



                  “ Oh anakanda!” Jawab Musa. “ Kita akan berjalan kaki menyusuri pantai.”



                  “ Kita hendak ke mana tuan?” Tanya Yusyak dengan penuh kehairanan.



                  “ Kita akan pergi ke pertemuan dua laut−Majmaul-Bahrain,” kata Musa menerangkan. “ Di situlah kita akan berjumpa seorang hamba Allah yang alim lagi soleh.”



                   “ Di manakah pertemuan dua laut itu? Tuan tahukah tempatnya, jauh atau pun dekat?.”



                   “ Oh! Aku tidak tahu di manakah pertemuan dua laut. Tetapi tak usahlah engkau bimbang, Tuhan akan memandu kita ke sana,” jawab Musa menegaskan kepada pemudanya.



                    “ Saya mengikut tuan ke mana sahaja tuan pergi,” jawab pemudanya memberi jaminan.






III



Setelah sebulat sepakat dan seia sekata dan barang-barang keperluan dan bekalan selelsai dikemaskan, mulailah Musa bersama-sama Yusyak meneruskan perjalanannya  menyusuri pantai berjalan dengan penuh semangat di atas hamparan pasir yang putih menuju ke pertemuan dua laut yang telah diterangkan oleh Allah, tempat tinggal laki-laki soleh yang alim mereka  berjalan beberapa hari dan beberapa malam tanpa jemu-jemu dan tidak merasa letih dan penat, mereka hanya berhenti di kala ingin makan bekalan  atau ingin tidur sekadar memberi tenaga kepada tubuh mereka sahaja. Selesai menghadapi sajian makanan atau bangun dari tidur, mereka meneruskan lagi perjalanan menuju ke tempat yang dituju. Begitulah mereka kedua dengan penuh tekad berjalan menyusuri pantai.



                 Setelah beberapa hari berlalu dan beberapa jauh mereka berjalan, tiba-tiba pada suatu hari Yusyak bertanya : “ Masih jauh lagikah perjalanan kita hendak sampai ke pertemuan dua laut?.”



                 Dengan tenang Musa menjawab : “Aku sendiri pun tidak mengetahui, entah masih jauh atau sudah hamper. Tetapi walau bagaimanapun, aku akan terus berjalan sehingga sampai di pertemuan dua laut atau aku akan teruskan perjalanan ini hingga beberapa lama lagi.”



                  “ Saya akan mengikut tuan kemana sahaja tuan pergi hingga kita sampai ke tempat yang kita tuju.”



                 “ Syabas Yusyak! Baiklah sekarang kita berhenti sekejap untuk berehat di batu besar ini. Berehatlah Yusyak semoga kita beroleh tenaga baru untuk meneruskan perjalanan kita lagi. Aku pun hendak berehat juga sebentar di sini.



                                    
                    *                          *                       *



                   Kedua-duanya baring disamping batu besar yang terletak di atas pasir di tepi laut, sementara irama ombak tingkah bertingkah menderu-deru, angina bertiup sepoi-sepoi bahasa, udara nyaman dan enak mententerakan jiwa. Dalam suasana yang seindah itu, mengantuk telah bermain-main di mata masing-masing, kemudian mereka tenggelam dalam ulitan tidur yang senyaman-nyamannya.



                    Setelah tidur dan berehat seketika di atas hamparan pasir yang putih bersih di pesisran laut itu mereka terjaga dari tidur lalu meneruskan lagi perjalanan menuju ke pertemuan dua laut. Setelah berjalan beberapa ketika, Musa mulai merasa letih dan tak berdaya lagi hendak berjalan. Di rasa segala anggotanya lesu kaku lantas Musa berhenti sambil berkata kepada Yusyak : “ Ambillah makanan kita, supaya kita makan bersama-sama kerana kita mersa penat sekali dalam perjalanan ini. Moga-moga dengan merasa makana, tenaga kita kan pulih semula dan dapatlah kita meneruskan perjalanan kita lagi.”



                     Yusyak termenung sejenak kemudian ia menepuk-nepuk dahinya tanda kesal lantas dengan keluh penyesalan dia bersuara : “ Adakah tuan lihat ketika kita berhenti di atas batu tadi, tiba-tiba lupa saya hendak menceritakan kepada tuan tentang ikan itu. Syaitanlah yang melupakan saya untuk mengingatkannya. Ikan itu telah mencari jalan ke laut dengan amat mengkagumkan!.”



                      Musa tersenyum girang dan hatinya kembang melebar. Dengan bernafsu ia bertanya ingin mengetahui : “ Bagaimana? Apakah yang telah terjadi kepada ikan itu?.”



                       Yusyak menjawab : “ Ikan telah menyusur ke luar mencari jalan  ke laut. Hairan sekali!.”



                       Hati Musa bertambah gembira. Di mulutnya bertakhta senyuman kejayaan. Ia bertanya ingin menduga : “ Cuba kau terang, bagaimanakah boleh terjadi!”



                        Dengan rasa dukacita dan keluhan kesal Yusyak menjawab : “ Tadi, sewaktu tuan sedang nyenyak tidur, saya lihat ikan bekalan kita tiba-tiba hidup semula dan menyusur melalui celah-celah batu turun ke laut. Saya cuba hendak menangkapnya, tetapi tak dapat. Hairan benar kejadian ini!. Ikan yang telah kita makan separuh dagingnya itu boleh hidup semula. Lupa saya hendak menceritakan peristiwa yang aneh ini kepada tuan.”



                         “ Itulah yang kita kehendaki,” jawab Musa. “ Tuhan telah memerintah aku membawa ikan, bila iakn itu hilang, maka di situlah tempat yang kita tuju. Kalau ikan itu telah hilang di tempat kita berhenti di batu tadi, marilah kita kembali ke sana!”



                         “ Mereka kedua telah melampaui tempat yang dituju. Mereka telah jatuh ke hadapan menunggalkan pertemuan dua laut iaitu Laut Rom dan Parsi. Ikan yang telah dimasak dan telah dimakan sebahagian dagingnya hidup semula lau turun ke laut melalui celah-celah batu. Itulah satu-satunya tanda kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada Musa dengan penuh kagum dan ajaib!!.



IV



Setelah mengetahui kisah ajaib itu, Musa mengajak pemudanya kembali semula ke tempat kejadian itu berlaku. Dengan hati yang riang gembira dan penuh semangat mereka berjalan kembali ke batu besar, tempat persinggahan, sedangkan sebenarnya itulah tempat yang mereka tuju, di situlah pertemuan dua laut yang telah di terang oleh Tuhan kepada Musa. Manakala mereka sampai kembali di tempat itu Musa bertanya : “ Di manakah tempat ikan menyusur ke laut?.”



                   Yusyak tunduk merenung ke tempat-tempat lembab, sambil jarinya menuding kea rah suatu mata air di celah batu lantas berkata : “ Di sini tuan! Ikut mata air inilah ikan tadi turun ke laut.”



                    Musa memeriksa mata air itu dan disusulinya hingga ke laut. Setelah dihalusi di sekitar tempat itu, didapati di samping batu besar itu setompok rumput yang menghijau subur dan seorang leki-laki  tua, berjanggut putih, jernih air mukanya sedang khusyuk duduk bersila di situ, berselimut lingkup dengan kain putih. Melihat datuk tua itu, muka Musa berseri-seri dan selangkah demi selangkah dia menghampirinya lantas mengucap salam kepadanya :



                     “ Assalamualaikum ya habiballah”



                     “ Orang tua itu menoleh kepada Musa dengan wajah berseri-seri seraya menjawab salamnya : “ Waalaikumussalam ya Nabi Allah!”



                     “ Kemudian ia mempersilakan Musa dengan penuh kehormatan duduk di sampingnya. Musa terpegun kagum lantas bertanya : “ Tuam kenal saya?!.”



                      “ Ya saya kenal awak! Tidakkah awak bernama Musa, Nabi orang-orang Israil?” Musa bertambah hairan mendengar jawapan itu. Ia bertanya : “ Siapakah yang memberitahu tuan tentang diri saya?”



                      “ Orang tua itu menjawab : “ Yang memberitahu bahawa tentang awak ialah yang memberitahu awak tentang saya dan tempat tinggal saya.”



                       “ Mendengar jawapan itu ketahuilah  Musa bahawa dia sedang berhadapan dengan orang yang dicari-carinya. Itulah satu-satunya laki-laki yang telah dikurniai Tuhan segala rahmat dan ilmu pengetahuan yang banyak.  Dia telah dipilih sebagai wali Allah yang sebenarnya. Sebagaimnana firman  Tuhan : “ Setelah keduanya sampai di tempat itu, didapatinya di sana seorang hamba Kami, yang telah  Kami kurniakan rahmat  Kami dan yang telah  Kami ajarkan ilmu pengetahuan kepadanya.”



                        “ Kemudian dengan lemah-lembut dan penuh kesopanan serta tawaduk Musa memecah kesepian :



                        “ Bolehkan saya mengikuti tuan, supaya dapat tuan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada saya yang telah diberikan Tuhan kepada tuan menjadi petunjuk?.”



                         “ Orang tua itu tersenyum dan menjawab : “ Sesungguhnya engkau tidak mungkin menahan sabar bersama-sama saya.”



                         “ Dengan tegas Musa menjawab : “ Saya akan menahan sabar saya dengan sedaya upaya saya.”



                         Orang tua itu tersenyum sambil kepalanya menggeleng-geleng dan berkata : “ Bagaimana kau boleh menahan sabar tentang sesuatu yang belum menjadi pengalaman bagi engkau. Oh Musa! Pengetahuan yang aku mengetahui berlainan dengan pengetahuan yang engkau ketahui. Engkau tidak akan sabar melihat apa yang terbit dari pengetahuan aku.”



                          Musa memberi pengakuan : “ Tuan boleh lihat nanti! Insya- Allah saya seorang yang sabar dan tidak akan menderhaka kepada perintah tuan.”



                          Tiba-tiba seekor burung pipit hinggap di atas sebuah batu di dalam air kemudian terbang ke angkasa lepas. Musa dan orang tua itu melihat keadaan burung itu, kemudian orang tua itu berkata :



                           “ Kau lihat Musa, apakah benda yang di paruh burung itu yang diambilnya dari air? Begitulah ibarat pengetahuan aku dan pengetahuan engkau di sisi Allah laksana benda yang di paruh burung itu yang diambilnya dari laut yang maha luas itu. Kalau dah engkau berazam hendak mengikut aku, maka syaratnya, janganlah engkau bertanyakan sesuatu kepada aku. Nanti aku kaan terangkan kepada engkau apa ertinya.”



                             “ Terima kasih tuan! Saya akan menurut syarat itu.”




V



Bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa, ombak menderu-deru menghempaskan dirinya di perairan di tepi pantai. Orang tua, Musa dan Yusyak berjalan menyusuri pantai. Tiba- tiba kelihatan sebuah perahu sedang berlayar melenggang-lengguk, menari dipukul ombak di permukaan air. Orang tua menggamit perahu itu supaya menghampiri pantai. Anak-anak perahu melihat mereka dengan penuh kehairanan. Di antara mereka ada yang berkata :



                     “ Orang- orang itu memanggil kita. Mungkin mereka ingin menumpang bersama-sama kita.”



                     “ Barangkali lanun agaknya. Cuba kau lihat mereka tidak membawa apa-apa barang bersama mereka.”



                     “ Tidak ! Mereka itu bukan lanun. Cuba kamu lihat wajah mereka jernih dan berseri-seri. Mereka orang baik-baik.”



                     “ Kalau begitu, baiklah kita mendarat sekarang mengambil mereka.”



                     “ Dengan perlahan-lahan perahu menuju kea rah mereka. Setelah perahu berlabuh, orang tua itu berkata kepada anak-anak kapal : “ Sudi kiranya tuan-tuan membawa kami bersama-sama tuan. Tetapi kami tidak mempunyai apa-apa untuk tambang.”



                       “ Anak-anak perahu memandang kagum kepada mereka. Kemudian seorang daripada anak-anak perahu berkata : “ Kami menerima tuan-tuan dengan segala senang hati.Silalah tuan-tuan naik ke perahu !.”




                   *                          *                       *



Berlayarlah perahu membelah laut. Anak-anak perahu melayani mereka bertiga dengan penuh kehormatan. Setelah berlayar beberapa lama maka mereka telah menghampiri suatu pelabuhan  tiba-tiba Musa terperanjat melihat orang tua itu menakik-nakik dinding perahu dengan kapak hingga berlubang dan pecah.



                     Musa naik radang melihat kelakuan orang tua yang ganjil itu lantas dengan bengis berkata : “ Apakah yang telah engkau lakukan? Beginikah budi yang engkau balas kepada anak-anak kapal yang mengambil kita tanpa bayaran dan tambang ? Engkau memecahkan perahu ini supaya penumpang-penumpangnya karam dan tenggelam ke dalam laut ? Sesungguhnya adalah perbuatan engkau amat jahat sekali!.”



                     Dengan tenang orang uta itu menjawab : “ Bukankah sudah ku katakana kepadamu : Engkau tak dapat sabar bersama-sama aku?” Baru Musa teringat akan janjinya. Hatinya tertanya-tanya akan perbuatan orang tua tiu, tetapi dia tak berani menyangkalnya lagi. Dengan perasaan bersalah dan keluhan penyesalan ia berkata :



                      “ Maafkan di atas keterlanjuran saya! Janganlah tuan mengambil salah dengan kelupaan saya, dan janganlah tuan menyusahkan saya kerana kesalahan itu.”





                   *                          *                       *




Perahu berlabuh dan mereka bertiga turun dari perahu menuju ke Bandar. Mereka merayau-rayau di kota itu. Tiba-tiba mereka bertemu dengan seorang anak laki-laki yang sedang bermain-main. Orang tua itu menghampirinya lalu menangkap kanak-kanak itu dan mencekik lehernya hingga mati.



                       Musa memerhati perbuatan orang tua itu dengan penuh kehairanan. Hatinya meluap-luap, kemarahan. Kemudian dengan suara marah ia menengking : “ Hai orang tua! Mengapa engkau bunuh jiwa yang suci dan tidak bersalah ini ? Sesungguhnya engkau telah memperbuat suatu yang munkar.”



                       Dengan tenang orang tua menjawab : “ Bukankah telah ku katakana kepadamu : Engkau takkan sabar bersamaku ?’



                       Mendengar keterangan itu, Musa merasa menyesal. Tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Hatinya semakin hairan melihat perbuatan orang tua itu. Kemudian dengan suara merendah ia berkata : “ Jika saya betanya lagi sesudah ini, tak usahlah saya dibawa menjadi teman lagi. Sesungguhnya telah cukup tuan memberi keuzuran kepada saya.”



                                        

*                          *                       *



Mereka terus berjalan. Matahari hamper-hampir menjunam ke perut bumi, sedikit demi sedikit malam melabuhkan tirainya, kemudian suasana alam sekitar didakapi gelap-gelita, angin mulai bertiup sejuk, langit dipenuhi mega mendung, suasana redup dam muram kemudian hujan mulai menitis. Mereka telah sampai ke sebuah kampong lalu merayau ke sana ke mari mencari tempat tumpang berteduh. Perut mereka mulai berkeroncong lapar. Tetapi tidak seorang pun ahli kampong tersebut sudi memberi mereka tumpang berteduh dan memberi makan kepada meraka dengan percuma.



                       Setelah puas berjalan mencari tempat untuk bermalam dan meminta belas kasihan dari orang –orang kampong supaya memberi makan kepada mereka tetapi orang-orang kampong tak seorang pun sudi menerima mereka dengan percuma. Maka Musa dan Yusyak pun berteduh dibawah bayangan diding sebuah rumah yang telah condong hamper-hampir roboh mencium bumi, sementara orang tua itu sibuk bekerja membaiki dinding yang hamper roboh itu.



                     Musa memerhati perbuatan orang tua itu dengan penuh minat. Dalam hatinya berkecamuk dengan berbagai-bagai soalan. Ia menyangka orang uta itu bekerja kerana  mengambil upah untuk memebeli bahan makanan buat pengalas perut.



                       Setelah selesai membaikinya, dengan tiba-tiba orang tua itu mengajak Musa menruskan perjalanan. Musa merasa hairan melihat telatah orang tua itu, lantas dengan penuh kehairanan ia bertanya : “ Apa guna tuan dirikan dinding yang hamper roboh ini,kalau tidak meminta upah dari tuannya. Kalau tuan mahu, tentu tuan terima upahnya.”



                        Orang tua itu merenung ke wajah Musa dan dengan tengan dia berkata : “ Inilah masa perpisahan antara saya dengan awak. Tak usahlah awak berdukacitra, akan saya ceritakan kepada awak tentang keterangan perbuatan –perbuatan saya yang awak tak sanggup sabart di atasnya itu.”



                         “ Memang benar apa yang telah tuan katakan : Saya tak dapat menahan sabar melihat perbuatan –perbuatan tuan. Saya tak dapat mengunci lidah saya daripadan bertanya.”





VI




Kedua-duanya duduk disuatu sudut yang sunyi dan terpencil dari orang ramai. Dengan hati-hati orang uta itu memulakan penafsiran atas perbuatan – perbuatannya. Ia berkata. “ Tanya wahai Musa apa yang engkau suka!”



                          Dengan penuh minat Musa berkata : “ Apakah halnya dengan perahu yang kita tumpangi itu?.”



                        Orang tua itu menjawab : “ Adapan  perahu itu adalah kepunyaan orang-orangm iskin yang bekerja di tengah laut. Dengan sengaja saya merosakkannya, kerana di sana ada seorang raja yang merampas perahu-perahu yang elok. Jika perahu yang telah rosak, tidaklah lagi dirampasnya. Sebab itulah saya merosakkan perahu itu supaya raja tidak merampasnya. Dengan itu senanglah anal-anak perahu itu meneruskan pencarian mereka.”



                        “ Kalau begitu, jelaslah bagi saya kedudukannya yang sebenar,” kawab Musa. “ Apa hal pula tuan membunuh kanak-kanak yang tak berdosa itu?.”



                        “ Adapun anak kecil itu, kedua-dua ibubapanya adalah orang beriman. Kami takut kalau-kalau ia memaksa keduanya menjadi aniaya dan kafir. Maka kami kehendaki supaya Tuhan menggantikan dengan anak yang soleh, yang lebih suci daripadanya dan lebih penyantun kepada ibubapanya.”



                         “ Musa mendesak lagi : “ Mengapa pula tuan mendirikan dinding yang hamper-hampir roboh itu?”



                         “ Ada pun dinding itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu. Di bawah dinding itu ada harta kepunyaan mereka. Ayah keduanya orang soleh. Maka Tuhan engkau menghendaki supaya kedua-duanya sampai umur lalu kedua-duanya mengeluarkan harta itu sebagai rahmat daripada Tuhanmu. Perbuatanku itu, bukanlah dengan kehendak aku sendiri. Itulah penafsiran perkara yang engkau tidak sabar itu.”



                           Mendengar keterangan-keterangan itu barulah Musa berpuas hati dengan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan oleh orang tua yang soleh lagi alim itu. Kemudian Musa menoleh kepadanya sambil berkata : “ Sekarang tahulah saya setakat manakah ilmu yang telah dikurniakan Tuhan kepada tuan dan setakat manakah pula ilmu yang ada pada saya. Memang benar saya tidak sabar melihat sesuatu kejadian yang pada lahirnya tidak baik, pada hal sebenarnya di sebalik kejadian-kejadian itu tersimpan nikmat-nikmat dan hikmat-hikmat yang tersembunyi.”



                           Orang tua itu merenung ke wajah Musa seraya berkata : “ Ilmu Tuhan itu memang luas, dan begitu juga hikmat-hikmatNya banyak tidak terduga. Kebanyakan orang menyangka sesuautu yang menimpa mereka itu buruk dan bencana, sedangkan sebenarnya di sebalik kejadian itu tersembunyi rahmat-rahmat dan keampunan Tuhan!”



                         Musa menoleh kepada orang tua itu dan berkata : “ Oh tuan yang alim ! Sudah lama jugaa kita berjalan  bersama-sama, tetapi  saya belum mnegetahui  nama tuan. Sudilah kiranya tuan menceritakan kepada saya siapakah nama tuan yang sebenarnya!.”



                          Orang tua itu tersenyum dan berkata : “ Nama saya Balya atau dengan bahasa Arab : Ahmad bin Mulkan. Timang-timangan saya Khidzr dan gelaran saya : Abul-Abbas.”

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com