Pages

Monday, 28 May 2012

Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat





Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. 


Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. 


Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam. 


Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.

4 comments:

  1. Petua-petua tradisional memang bagus sebab ia menggunakan bahan semulajadi. Jika dilakukan dengan teratur dan konsisten, InsyaAllah ia membuahkan hasil.

    Selain itu, banyakkan berdoa padaNya dan fikir positif bahawa jeragat kita boleh diatasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..lakukan dgn teratur baru dpt hasil yg memuaskan..:-)

      Delete
  2. boleh digunakan untuk hilangkan parut campak besar x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..cuba buat dulu..tengok hasil dia camne..dia pon bergantung atas jenis kulit jugak..:-)

      Delete