Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh
mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil ¼
biji buah pala, ½ biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala
diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan
perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan
lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.
Insya-Allah, ia akan pulih.
Jika anda mengalami batuk yang
berterusan, ambil lapan helai daun pudina ( orang cina panggil bo ho) dan rebus
dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali
agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai
daun pudina.
Batuk menghilangkan batuk berkahak
yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula Melaka, pecahkan
kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula-gula. Lakukan
beberapa kali hingga sembuh.
Bagi anda yang sering batuk-batuk,
petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu
lebah, dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur
sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.
Insya-Allah, mujarab.
No comments:
Post a Comment