Anemia adalah keadaan yang terbentuk apabila darah kurang
sel-sel darah merah yang sihat. Sel-sel ini adalah pembawa oksigen utama kepada
organ-organ. Jika sel-sel darah merah juga turut kurang dalam hemoglobin, bermakna
tubuh juga tidak mendapat oksigen sepenuhnya.
Gejala-gejala anemia seperti kelesuan berlaku kerana organ-organ
tidak mendapat apa yang mereka perlukan
untuk berfungsi dengan sebaiknya. Wanita dan mereka yang menghidap penyakit
kronik berisiko tinggi untuk mendapat anemia.
Faktor-faktor penting yang perlu diingat adalah:-
1. Beberapa bentuk anemia adalah
diwarisi dan kanak-kanak boleh menghidapnya sebaik dilahirkan.
2. Wanita hamil lebih mudah untuk
mendapat anemia yang dikenali sebagai anemia kekurangan zat besi kerana
kehilangan darah daripada haid dan peningkatan permintaan darah semasa
kehamilan.
3. Orang tua dan warga emas juga
memiliki risiko tinggi untuk mendapat anemia kerana diet atau pemakanan yang
kurang baik dan keadaan perubatan lain.
Terdapat banyak jenis anemia. Semuanya berbeza dalam
penyebab-penyebab dan rawatan-rawatannya. Anemia kekurangan zat besi adalah
jenis yang biasa berlaku. Ia boleh dirawat dengan perubahan dalam pemakanan dan
suplemen zat besi.
Beberapa bentuk anemia lain seperti anemia yang terbentuk
semasa kehamilan juga di anggap normal. Namun begitu, beberapa jenis anemia
juga boleh memberi masalah kesihatan sepanjang hidup.
Penyebab
Terdapat lebih dari 400 jenis anemia. Ia boleh di bahagikan
kepada tiga kumpulan:
Anemia
yang disebabkan oleh kehilangan darah
Sel-sel darah merah boleh hilang melalui pendarahan. Ia boleh berlaku secara
perlahan-lahan dalam tempoh masa yang panjang. Ia juga boleh hilang tanpa
dikesan. Pendarahan kronik ini biasanya di akibatkan daripada keadaan-keadaan
berikut:
- Masalah gastrousus seperti ulser-ulser, buasir, gastritis ( keradangan pada perut ) dan kanser.
- Penggunaan ubat antikeradangan bukan steroid ( NSAIDS ) seperti aspirin atau ibuprofen.
- Haid dan kelahiran bayi oleh wanita, terutamanya jika pendarahan haid itu berlebihan dan jika berlaku kehamilan berganda.
Anemia
yang disebabkan pengurangan atau penghasilan sel darah merah yang tidak betul
Tubuh boleh menghasilkan sel-sel darah merah terlalu banyak
atau sel-sel darah yang tidak berfungsi dengan sebaiknya. Anemia boleh berlaku
dalam kedua-dua kes ini. Sel-sel darah merah boleh menjadi tidak betul atau
berkurangan berikutan dengan sel-sel darah merah yang abnormal atau kekurangan
mineral dan vitamin yang diperlukan oleh
sel-sel darah merah untuk berfungsi dengan baik. Masalah-masalah berkaitan
dengan penyebab-penyebab anemia ini termasuklah masalah berikut:
- Anemia sel sabit
- Anemia kekurangan zat besi
- Kekurangan vitamin
- Masalah-masalah sumsum tulang dan sel stem
- Masalah-masalah kesihatan lain
Anemia
yang disebabkan kemusnahan sel-sel darah merah
Apabila sel-sel darah merah mudah pecah dan tidak tahan
dengan rutin tekanan sistem peredaran, ia boleh pecah pramatang, menyebabkan
anemia hemolysis. Anemia hemolysis boleh hadir ketika lahir atau terbentuk
kemudian. Kadangkala penyebabnya tidak diketahui.
Penyebab-penyebab
anemia hemolysis termasuklah:
- Masalah-masalah diwarisi seperti anemia sel sabit dan thalassemia.
- Stressor seperti jangkitan, ubat-ubatan, bisa ular atau labah-labah atau makanan-makanan tertentu.
- Toksin daripada penyakit buah pinggang dan hati peringkat selanjutnya.
- Serangan tidak sesuai oleh sistem imun ( dikenali penyakit hemolysis pada bayi baru lahir apabila ia muncul dalam fetus wanita hamil ).
- Kulit vascular, injap jantung prostetik, tumor, kebakaran teruk, pendedahan kimia, hipertensi (tekanan darah tinggi) teruk dan penyakit pembekuan.
- Dalam kes yang jarang berlaku, pembesaran limfa boleh menjerat sel-sel darah merah dan memusnahkannya sebelum masa peredaran ia tamat.
what happen if the mother have thalasemmia beta n the father got thalasemmia alpha?
ReplyDelete