Pages

Friday, 1 June 2012

Petua untuk ibu hamil dan kanak-kanak




  • Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan campurkan dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

  • Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.








  • Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk menghilangkannyan bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam. Insya-Allah ruam beransur hilang.


 
  • Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan. Untuk menghilangkannya, anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa. Biarkan seketika agar daki tadi kembang, kemudian bolehlah di gosok daki itu. Selain hampas kelapa, minyak bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan.

  • Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini. Gunakan tiga jari anda ( ibu jari, jari telunjuk, dan jari hantu). Baca selawat tiga kali, genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalam secawan air masak. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberi minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.


No comments:

Post a Comment