APAKAH nodul
kord vokal? Nodul korda vokal adalah sejenis ketumbuhan benign di kedua-dua
pita suara disebabkan oleh penyalahgunaan suara (voice abuse) yang boleh
berlaku di kalangan golongan yang menggunakan suara berlebihan ketika bekerja,
menjerit berlebihan atau menyanyi dalam nada tinggi yang berlebihan.
Ia juga
dipanggil sebagai ‘singer, teacher, preacher nodul’. Jika keadaan berterusan,
penyalahgunaan suara akan menyebabkan tisu pita suara membonjol dan membengkak
di satu kawasan spesifik pada setiap kord vokal (biasanya bahagian depan atau
anterior satu pertiga korda vokal).
Kawasan yang
membengkak ini lama-kelamaan akan berkembang menjadi keras dan dipanggil nodul.
Nodul boleh bertambah saiz jika penyalahgunaan suara berterusan dan pendarahan
boleh berlaku dalam nodul berkenaan.
Apakah
polip kord vokal?
Polip boleh
terjadi dalam beberapa keadaan. Ia juga boleh terbentuk disebabkan oleh
penyalahgunaan suara. Polip muncul pada satu atau kedua-dua pita suara tetapi
biasanya adalah unilateral (sebelah saja).
Polip boleh terbentuk sebagai bengkak atau benjolan yang mengandungi cecair di dalamnya, ketumbuhan seperti tangkai atau luka seperti lepuh. Kebanyakan polip lebih besar daripada nodul dan ada kala dipanggil dengan nama lain, seperti degenerasi polypoid atau edema Reinke.
Korda vokal polip
Apakah tanda dan gejala nodul kord polip atau vokal? Nodul dan polip menyebabkan gejala sama:
- suara serak
- suara termengah-mengah
- suara menjadi kasar
- kesakitan yang menjalar atau merebak ke telinga
- Sensasi ‘gumpalan di kerongkong’ — terasa seperti bendasing di kerongkong kesakitan di tengkuk atau leher
Bagaimanakah nodul dan polip dikenal pasti atau didiagnosis?
Jika mengalami suara serak lebih daripada dua hingga tiga minggu, anda harus berjumpa doktor. Penilaian suara yang menyeluruh membabitkan:
- Pemeriksaan doktor, sebaik-baiknya pakar telinga, hidung, tekak dan penilaian suara oleh seorang pakar patologi pertuturan (speech and language Pathologist) jika perlu. Mereka akan menilai kualiti suara, kenyaringan dan keupayaan mengekalkan suara dan ciri-ciri lain.
Pemeriksaan boleh membabitkan penggunaan endoskop ke dalam mulut atau hidung untuk melihat pita suara dan larinks secara umum. Kaedah menggunakan Stroboskop boleh diguna untuk menonton atau mengkaji korda vokal dan pergerakan mereka secara lebih teliti.
Rawatan apa yang boleh didapati untuk nodul dan polip?
Nodul dan
polip boleh dirawat dengan perubatan, pembedahan dan perubahan tingkah laku.
Pembedahan membabitkan mengeluarkan nodul atau polip daripada kord vokal.
Pendekatan ini hanya berlaku apabila nodul atau polip yang sangat besar atau wujud untuk masa lama dan rawatan secara konservatif tidak berjaya. Bagaimanapun, pembedahan jarang berlaku untuk kanak-kanak. Pembedahan yang dijalankan menggunakan endoskop atau teleskop dan ketumbuhan itu boleh dibuang dengan menggunakan alatan biasa atau laser.
Rawatan secara perubatan pula membabitkan penggunaan suara yang minimum (berehat daripada bercakap) adalah cara terbaik. Selain itu, masalah kesihatan lain boleh dirawat untuk mengurangkan impak mereka pada korda vokal.
Ini termasuk rawatan bagi penyakit refluks gastroesophageal (GERD) atau Laryngopharyngoreflux (LPR), alahan, dan masalah tiroid.
Campur tangan perubatan untuk berhenti merokok dan mengawal tekanan adalah diperlukan. Terapi suara daripada Pegawai Patologi Pertuturan (SLP) adalah sangat digalakkan dalam rawatan nodul dan polip berkenaan.
Terapi suara membabitkan mengajar kebersihan suara yang baik, mengurangkan atau menghentikan tingkah laku yang kasar terhadap suara dan rawatan suara langsung untuk mengubah pitch, kenyaringan atau sokongan nafas yang baik.
Teknik pengurangan tekanan dan latihan relaksasi sering diajar juga SLP untuk membantu pesakit sebelum dan selepas pembedahan.
No comments:
Post a Comment