Pages

Friday, 29 June 2012

Tuah iringi Sepanyol

















PEMAIN-PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan pasukan itu mara ke final Euro 2012 awal pagi semalam.


DONETSK, Ukraine - Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque mengakui tuah lebih memihak kepada pasukan itu selepas mara ke final awal pagi semalam.


Del Bosque berkata demikian selepas skuad La Roja menewaskan Portugal 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir di stadium Donbass Arena.


Perancang utama Sepanyol, Cesc Fàbregas dijulang sebagai wira selepas sepakan pemain pertahanan Portugal, Bruno Alves sekadar terkena palang ketika kedudukan 3-2.


"Tuah lebih memihak kepada kami pada penentuan sepakan penalti.


"Saya tetap memuji Portugal kerana mereka berjaya mempamerkan persembahan yang menarik dan salah sebuah pasukan terbaik pada kejohanan ini.


"Namun, seperti yang saya beritahu, kami benar-benar bertuah pada kali ini," kata del Bosque.


Del Bosque berkata, Portugal beraksi dengan baik berbanding Sepanyol terutama di posisi pertahanan dan jentera serangan mereka sangat berbahaya.


Namun, selepas pengendali La Roja itu membawa masuk Fàbregas, Jesús Navas dan Pedro Rodríguez bagi menggantikan Álvaro Negredo, David Silva, Xavi, Sepanyol berjaya mengimbangi perlawanan tersebut.


"Kami mencipta banyak peluang dan menambah masalah kepada Portugal selepas saya memasukkan Navas dan Pedro.


"Kami kelihatan sedikit kepenatan dan memerlukan ruang terutama pada masa tambahan ketika Pedro dibawa masuk.


"Aksi masa tambahan membuktikan bahawa pemain-pemain kami menggunakan pengalaman dan kekuatan mental untuk beraksi dengan baik," katanya.


Del Bosque turut menjelaskan bahawa beliau tidak mengalami kesukaran untuk memilih senarai pemain bagi mengambil sepakan penalti.


Meskipun Xabi Alonso gagal menyempurnakan sepakan pertama, Andrés Iniesta, Gerard Piqué, Sergio Ramos dan Fàbregas melakukan tugasan tersebut dengan cemerlang. - Reuters

No comments:

Post a Comment