Pages

Wednesday, 25 July 2012

10 Fakta dan Khasiat Telur Ayam Asli


Dalam kekecohan orang ramai terhadap isu telur tiruan , ramai yang sedar akan potensi bahaya yang bakal menyusul sekiranya memakan telur tiruan tersebut. Namun tak ramai pula yang tahu keistimewaan telur ayam asli.Kan?




Telur ayam asli merupakan sumber gizi paling murah yang terdapat di pasaran. Untuk mengetahui keistimewaan telur ayam asli ini, apa kata anda baca 10 fakta menarik di bawah:


  • Telur mempunyai nilai kegunaan protein (net protein utilization) 100 peratus. Bandingkan dengan daging ayam (80 peratus) dan susu (75 peratus).


  • Kulit telur terdiri daripada kalsium karbonat yang juga merupakan bahan asas utama bagi beberapa jenis antacids. Sekitar 9-12 peratus berat telur terdiri daripada kulitnya. Kulit telur juga memiliki ruang liang halus sehinga oksigen dapat masuk dan karbon dioksida serta wap udara dapat keluar dari telur.

  • Putih telur terdiri daripada protein yang disebut sebagai albumen dan juga mengandungi niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), klorin, magnesium, potasium, sodium dan sulfur. Putih telur ini mengandungi 57 peratus dari protein telur.




 
  • Warna kuning dari telur ditentukan oleh makanan ayam betina. Makin banyak biji-biji padi yang memiliki pigmen kuning dan oren yang dimakan oleh ayam betina, makin pekatlah warna kuning telurnya.

  • Warna telur juga bervariasi sesuai usia dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, Amerika, warna putih telur yang agak keruh menandakan telur itu segar. Warna putih yang jernih menandakan telur itu berasal dari ayam yang sudah tua. Hindari memakan telur yang warna putihnya agak merah muda atau berubah warna lain.
 
  • Kadang-kadang terdapat sedikit darah di dalam telur. Darah ini berasal dari pembuluh darah di kuning telur yang pecah. Namun telur ini tetap selamat untuk dimakan.
 
  • Ketika dieram, suhu telur sekitar 40.5 darjah Celcius. Semakin dingin suhu, cairan di dalamnya akan mengendap dan terbentuk sel udara antara dua lapisan telur.
 
  • Seekor ayam betina mampu bertelur purata 250-270 biji telur setahun.





  • Sebahagian besar rakyat Amerika lebih menyukai telur ayam yang berwarna putih. Di Malaysia, telur ayam kebanyakan berwarna coklat.
 
  • Dibandingkan dengan telur ayam, telur itik memiliki bau yang lebih amis dan kulitnya memiliki ruang liang halus yang lebih besar sehingga lebih mudah dijadikan telur masin.  

No comments:

Post a Comment