Pages

Wednesday, 25 July 2012

10 Masjid Yang Paling Indah di Dunia


Ikuti kami dalam pengembaraan virtual ke masjid-masjid yang indah di setiap pelusuk dunia.




Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.




Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.




Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.




Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.




Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.




Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.




Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.




Masjid Al-Aqsa di Jerusalem merupakan lokasi yang ketiga paling suci untuk umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menghala ke arah Masjid Al-Aqsa untuk 17 bulan selepas berhijrah, sebelum diperintah oleh Allah untuk menghala ke arah Kiblat.




Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.




Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.

2 comments:

  1. subhanallah...

    teringin sekali nak jejak kaki ke masjid An-Nabawi dan Masjidil haram

    ReplyDelete
  2. insyaallah, kalau anda mampu atau suatu hari nanti anda dapat pergi juga untuk umrah dan haji...

    ReplyDelete