DENVER:
Seorang doktor gigi yang digantung lesen mungkin mendedahkan ribuan pelanggan
kepada jangkitan HIV dan hepatitis kerana dia mengitar semula peralatannya.
Jabatan
Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Colorado berkata, kira-kira 8,000 pelanggan
Stephen Stein dinasihat menjalani ujian kesihatan dengan segera.
Jabatan terbabit juga menghantar surat kepada semua pelanggan Stein untuk memaklumkan kejadian berkenaan. Perbuatan Stein terdedah apabila penyiasat menemui bukti dia menggunakan semula jarum dan picagari di dua kliniknya antara September 1999 dan Jun 2012.
Kenyataan
jabatan itu menyebut, amalan berkenaan bercanggah dengan protokol perubatan
standard.
“Ia terbukti menyebarkan jangkitan,” katanya. Bagaimanapun, setakat ini pihak berkuasa belum mendapat pengesahan mengenai sebarang kes membabitkan jangkitan berbahaya dari klinik Stein. - Reuters
No comments:
Post a Comment