Kebanyakan kes hati berlemak berpunca
daripada obesiti dan bentuk badan mereka seperti bentuk epal.
|
Tahukah anda
antara fungsi hati ialah sebagai tempat menyimpan tenaga, vitamin dan mineral?
Hati atau hepar juga menghasilkan protein, dan membuang hampas dari badan
menerusi air kencing, peluh dan sebagainya.
Mengikut
fakta yang dikeluarkan oleh Yayasan Hati Amerika, penyakit hati menyerang
kira-kira satu daripada 10 rakyat Amerika. Di Malaysia pula, kita menemukan
angka satu daripada 20 rakyatnya menghidap penyakit berkaitan hati .
Bagi
memastikan adakah kita menghidap penyakit hati atau tidak, orang ramai
dinasihatkan menjalani pemeriksaan, kemudian disusuli dengan pemantauan, jika
ia dapat dikesan lebih awal maka rawatan juga boleh dimulakan dengan lebih
awal.
Sempena Hari
Hepatitis Sedunia bulan ini, Presiden Yayasan Hepar Malaysia (YPM), Prof Tan
Sri Datuk Seri Dr. Mohd. Ismail Merican menasihatkan agar rakyat Malaysia
mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berserat tinggi.
Kurangkan
makanan berlemak , berkalori dan pastikan memiliki berat badan ideal.
Ini kerana
gaya hidup sihat merupakan punca penyakit hati seperti hepatitis dan hati
berlemak.
Hepatitis
Menurut Dr.
Mohd. Ismail , Sabah, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri yang mencatatkan
paling ramai penghidap hepatitis yang boleh mendedahkan mereka kepada penyakit
barah hati. Barah hati pula merupakan antara lima kanser yang sering berlaku di
kalangan lelaki di Malaysia.
Beliau
berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 2.5 juta rakyat negara ini yang
dikesan menghidap penyakit itu dengan kebanyakannya adalah lelaki.
"Berdasarkan
statistik yang dikeluarkan oleh yayasan itu, Sabah dan Sarawak mencatatkan
kadar tertinggi di seluruh negara bagi penghidap virus hepatitis B manakala
Kelantan pula bagi hepatitis A. Lima hingga lapan peratus rakyat Malaysia
adalah pembawa Hepatitis B.
Faktor
pemakanan dan gaya hidup menjadi antara punca utama peningkatan penyakit itu
dalam kalangan penduduk di negeri berkenaan," ujarnya.
Penyakit itu
dihidapi kira-kira 350 juta orang di seluruh dunia. Mengikut statistik, lelaki
lebih ramai menghidap barah hati dan ia mungkin disebabkan kurang mementingkan
kebersihan serta tidak mengamalkan pemakanan sihat berbanding wanita.
Selebihnya,
mereka yang dikesan menghidap penyakit ini disebabkan berjangkit daripada ibu
kepada anak, perkongsian jarum suntikan dadah dan darah yang rata-ratanya
melibatkan hepatitis B.
Dr. Mohd.
Ismail berkata, pihaknya berusaha mempergiatkan kempen kesedaran mengenai
penyakit yang boleh mengancam nyawa itu di seluruh negara dan turut disasarkan
ke sekolah bagi membolehkan pengesanan dan rawatan penyakit berkenaan dilakukan
lebih awal.
Selain
hepatitis, YPM turut menekankan bahaya hati berlemak yang sering dikaitkan
dengan penyakit hati seperti hepatitis.
Apakah hati
berlemak?Penyakit ini disebabkan oleh obesiti dan diabetes, malah remaja seawal
usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat
kedua-dua masalah tersebut.
Dr. Mohd.
Ismail menjelaskan, hati berlemak turut dikenali sebagai NFLD (Non-alcoholic
fatty liver disease).
Ia merupakan
satu keadaan di mana sejumlah besar membran lemak tepu berkumpul di dalam sel
hati melalui proses steatosis.
Hati
berlemak terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu hati berlemak biasa
(steatosis), dan hati berlemak berkaitan dengan keradangan (steatohepatitis).
Punca
Secara asas,
penyakit ini timbul akibat pengambilan alkohol terutama di negara Barat. Namun,
keadaan semakin berubah.
Kini, kes
berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat.
Perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan
ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.
Tanpa
simptom yang khusus, penyakit itu lazimnya menyerang mereka yang berumur 40
tahun ke atas selain penghidap obesiti atau diabetes. Kebanyakan pesakit tidak
menyedarinya. Disebabkan penyakit ini berkaitan dengan sindrom metabolik
(diabetes, tekanan melampau serta obesiti), pemeriksaan biasa tidak mampu
mengesan kehadiran lemak pada hati.
Tambah Dr.
Mohd. Ismail, progres steatohepatitis mampu menyebabkan fibrosis hati, sirosis
dan barah hati. Akibatnya, ia meningkatkan risiko kematian terhadap penghidap.
Fibrosis atau sirosis di dalam hati dihadapi oleh antara 15 hingga 50 peratus
pesakit hati berlemak tanpa alkohol steatohepatitis (NASH).
Penurunan
berat badan secara mendadak turut mengundang kepada kewujudan hati berlemak
itu. Justeru, mereka yang ingin mengurangkan berat badan disaran agar
melakukannya secara berperingkat.
"Jika
anda mengalami masalah obesiti, kemungkinan anda mendapat masalah hati berlemak
adalah tinggi," ujarnya.
Diagnosis
dan rawatan Ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati dapat mengesan
kehadiran lemak.
Dr. Mohd.
Ismail menegaskan, hanya dengan menjalani cara hidup yang sihat serta
mengamalkan pemakanan yang teratur mampu mengelakkan penularan penyakit itu.
Meskipun
hati berlemak bukan sejenis penyakit kronik, tetapi keadaan ini perlu dirawat.
Rawatan ini bergantung kepada puncanya. Sebagai contoh, sekiranya pesakit
seorang individu yang banyak mengambil minuman keras, dia perlu mengurangkan
pengambilan berkenaan.
Jika pesakit
adalah seseorang individu yang obes, dia perlu mengawal pemakanan dan berat
badannya.
No comments:
Post a Comment