GAMBAR fail menunjukkan Arafat dan
isterinya, Suha.
RAMALLAH -
Israel meracun bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat dengan bahan radioaktif
polonium, kata anak saudaranya, Nasser al-Qidwa semalam.
"Kami menuduh
Israel membunuh Arafat dengan meracunnya dengan bahan pembawa maut,"
katanya kepada agensi berita AFP.
Beliau
merujuk bahan pembawa maut itu sebagai polonium.
Bahan itu
ditemui pada pakaian yang dipakai Arafat semasa beliau sakit.
"Mereka
yang bertanggungjawab dengan pembunuhan itu sepatutnya dihukum," katanya.
Beliau
merupakan Presiden Yayasan Yaser Arafat.
Dakwaan
Arafat diracun muncul pada minggu lalu selepas stesen penyiaran Al-Jazeera
melaporkan pakar-pakar menyatakan terdapat kadar kandungan polonium yang tinggi
pada barang peribadi milik pemimpin terkenal Palestin itu.
Bahan itu
pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia, Alexander Litvinenko yang
mati pada tahun 2006 selepas beliau meminum teh yang mengandungi racun
tersebut.
Namun,
jurucakap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan Nasser.
Arafat
meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004. - AFP
No comments:
Post a Comment