Sarsak (tengah) dikerumuni
penyokongnya selepas tiba di Rafah, selatan Genting Gaza, kelmarin.
GENTING GAZA
- Pemain bola sepak Palestin, Mahmoud Sarsak yang nekad mogok lapar tiga bulan
di penjara Israel, dibebaskan kelmarin menerusi satu perjanjian yang
dipersetujui pihak berkuasa Israel.
Sarsak, 25, berkata, dia tidak melupakan nasib saudaranya yang masih meringkuk di dalam penjara Israel.
“Ini adalah kemenangan untuk kami dan saya ucapkan terima kasih kepada Palestin dan badan antarabangsa yang menyokong saya,” katanya.
Sarsak melancarkan mogok lapar sebagai membantah tindakan rejim Zionis yang mengenakan hukuman tahanan pentadbiran ke atasnya selepas ditahan pada Julai 2009.
Tindakan beliau sehingga menjejaskan kesihatannya itu, menarik perhatian antarabangsa termasuk Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
No comments:
Post a Comment