LOS ANGELES
15 Julai - Penggodam Rusia dikesan berjaya memperoleh cara mudah untuk
mendapatkan aplikasi iPhone dan iPad secara percuma.
Pendedahan
itu, sekali gus dilihat mampu menjejaskan pereka sistem operasi mobil, iOS yang
memperolehi pendapatan utama menerusi naik taraf berbayar daripada aplikasi
berkenaan.
Apa yang
perlu dilakukan pengguna ialah dengan hanya memuat turun sijil keselamatan
daripada laman web penggodam dan menukar tatapan pada sambungan WiFi untuk gajet
mereka.
Penggodam
itu yang menggelar dirinya ZonD80 juga memaparkan satu video di YouTube yang
mengumumkan kaedah yang digunakannya dan bagaimana untuk melakukannya.
Namun, klip
tersebut didapati telah disekat semalam dan memaparkan satu pesanan bahawa ia
tidak lagi wujud kerana 'tuntutan hak cipta oleh Apple, Inc'.
Menurut
Huffington Post, laman web 9to5Mac yang mempunyai rekod baik dalam mendedahkan
maklumat terbaru mengenai Apple mengesahkan dakwaan itu.
Katanya, ia
telah berlaku ke atas beberapa gajet Apple yang mempunyai sistem IOS3 hingga
iOS6.
Bagaimanapun
buat masa ini, Apple mampu menarik nafas lega setelah laman web kepunyaan
penggodam itu tidak boleh dilayari untuk tempoh tiga hari kerana sistem
pelayannya lumpuh.
Apple tidak
dapat dihubungi bagi mengulas perkara tersebut. - AGENSI
No comments:
Post a Comment