Pasukan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) mencipta sejarah apabila muncul juara Liga Perdana
PASUKAN
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencipta sejarah apabila muncul juara Liga
Perdana musim ini selepas membelasah MP Muar 8-1 di Stadium Majlis Bandaraya
Petaling Jaya (MBPJ) di sini malam tadi.
Kejayaan
tersebut membolehkan skuad bimbingan B. Sathianathan mengumpul 51 mata untuk
dinobat juara ketika hanya tinggal satu perlawanan, sekali gus melangkah ke
Liga Super musim depan.
Perolehan 51
mata itu tidak mampu dipintas oleh pencabar terdekat, Pahang, yang mengumpul 46
mata setelah mengatasi Pos Malaysia 3-1 di Stadium Temerloh.
Kemenangan
tersebut membolehkan Pahang muncul selaku naib juara Liga Perdana dan mereka akan
bersaing dengan pasukan tangga ke-10, 11 dan 12 Liga Super untuk merebut slot
terakhir ke Liga Super musim depan.
Turut
mencatatkan kemenangan selesa ialah pasukan tangga ketiga liga, Sime Darby FC
yang menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 3-0 di Stadium
Majlis Perbandaran Selayang.
Tiga gol
skuad bimbingan Ismail Zakaria itu dijaringkan oleh Mohd Arif Ismail pada minit
ke-60 dan Mohd Irme Mat pada minit ke-86 dan 92.
Pasukan Johor mengutip tiga mata penuh selepas mengalahkan USM FC dengan keputusan 4-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Empat gol
skuad Jengking dijaringkan oleh Mohd Munir Amran pada minit kedua dan 40, Andre
Francisco De Silva (90) dan Juan Muriel Orlando pada masa kecederaan.
Pasukan
tangga tercorot liga, Perlis turut mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas wakil
Johor, MBJB FC di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Empat
jaringan skuad Singa Utara dilakukan oleh Mohd Hardi Ahmad pada minit ke-53 dan
60, Mohd Rozaidi Abdul Rahim (58) dan Hadi Syahmi Hamzah pada minit ke-64.
Turut
mencatatkan kemenangan ialah Harimau Muda B yang mengalahkan wakil kelab Negeri
Sembilan, Betaria FC dengan keputusan 3-0 di Stadium Shah Alam. - Bernama
No comments:
Post a Comment