Bani israel
terdiri daripada kata Bani dan Israel. Bani ertinya keturunan atau anak cucu,
manakala Israel adalah nama julukan Nabi Yaakob AS yang berasal dari dua kata :
Isra yang bererti hamba atau kekasih, dan El yang bererti Tuhan, sehingga
Israel bererti hamba Tuhan atau kekasih Tuhan. Dengan itu Bani Israel ertinya
keturunan Nabi Yaakob AS.
Nabi Yaakob mempunyai 12 anak dan seorang daripadanya ialah Nabi Yusuf AS. Keturunan Nabi Yaakob ini kemudian beranak-pinak menjadi dua belas suku Bani Israel seperti diceritakan dalam al-Quran.
Istilah Bani Israel dalam al-Quran hanya digunakan untuk menyebut anak cucu Nabi Yaakob, yang kemudian dihambakan Firaun di Mesir, dan kemudian dibawa Nabi Musa AS keluar dari Mesir menyeberangi Laut Merah. Sepeninggalan Musa, Bani Israel terus hidup di bawah bimbingan nabi dan penguasa mereka. Hingga kemudian mereka mengangkat Thalut, Daud dan Sulaiman.
Ketika zaman Nabi Sulaiman, Bani Israel mencapai puncak kejayaan. Namun kemudian kerajaan Sulaiman meredup, pecah menjadi dua, serta menjadi objek penjajahan bangsa asing. Kepada Bani Israel diutus ramai nabi daripada kalangan mereka sendiri yang kemudian membunuh nabi tersebut. Sebutan Bani Israel terakhir kali digunakan pada zaman Nabi Isa AS, ketika itu kaum itu tidak mahu menerima kenabian Isa AS.
Kaum Zionis
sering mengakui bahawa mereka berhak atas bumi Palestin kerana mereka kononnya
adalah pemilik asal tanah tersebut. Mereka mengakui bahawa pemilik asal bumi
Palestin adalah nenek moyang mereka iaitu keturunan Yaakob (Bani Israel) yang
terdiri daripada 12 suku. Kenyataan ini sebenarnya dapat dipatahkan dengan dua
argumensi.
Pertama, penduduk asli bumi Palestin bukanlah Bani Israel. Bani Israel adalah bangsa imigran yang datang ke Palestin setelah mereka keluar dari Mesir. Mungkin kaum Zionis menganggap bahawa Yaakob sebelum ke Mesir sudah tinggal di Palestin. Sebenarnya nenek moyang Yaakob sendiri iaitu Ibrahim adalah imigran kelahiran Iraq dan kemudian berhijrah ke Palestin. Sebelum Ibrahim sampai di Palestin, negara itu didiami penduduk aslinya.
Kedua, orang yang mengaku Yahudi sekarang ini sebenarnya memiliki nasab yang tidak jelas. Maksudnya tidak semua orang Yahudi sekarang ini berketurunan Bani Israel. Bahkan kebanyakan orang Yahudi kini terutama yang tinggal di Israel, bukanlah keturunan Bani Israel.
Dari segi bahasa, Zionisme berasal dari kata Zion, iaitu nama bukit di Jerusalem (Al-Quds), yang kadang-kadang disebut dataran tinggi di mana kota Jerusalem berdiri. Dari segi istilah dikatakan bahawa Zionisme adalah suatu fahaman dan gerakan yang bersifat politik, perkauman dan ekstrem yang bertujuan untuk menegakkan negara khusus bagi bangsa Yahudi di Palestin serta melihat hal tersebut sebagai solusi bagi permasalahan orang Yahudi.
Gagasan
Zionisme mula dicetuskan beberapa ahli agama Yahudi di antaranya Rabi Judah
AlKalai (1798-1878) dan Rabi Zevi Hirsh Kalischer (1795-1874). AlKalai secara
aktif membujuk masyarakat untuk bergabung dalam suatu program pemukiman bangsa
Yahudi di tanah Palestin. Adapun Kalischer menerbitkan buku Tuntutan Zionis.
Dalam buku tersebut ia menyarankan kepada orang Yahudi untuk kembali ke
Palestin dengan cara melakukan perpindahan dan pendudukan. Dia mengajak
golongan pelabur Yahudi agar memberikan bantuan kewangan untuk membangun
pemukiman dan tanah pertanian di Palestin. Akhirnya Kalischer berjaya
mendirikan Lembaga Kolonialisasi Tanah Palestin yang bekerjasama dengan
organisasi Aliansi Israel Sedunia.
Palestin juga memiliki kedudukan yang penting dari segi keagamaan, justeru ia adalah tanah suci bagi tiga agama samawi iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Palestin secara sejarahnya amat tinggi kerana di bumi yang sepetak ini telah terjadi sekian banyak konflik, peperangan penting, dan perpindahan orang besar dalam sejarah kemanusiaan.
Al-Quds di Jerusalem adalah ibu kota Palestin terbesar dan tempat utama tiga agama seperti disebutkan di atas. Gaza di selatan Palestin adalah terpenting di jalur Gaza. Kota ini antara kota tertua di dunia dan terdapat maqam Hasyim bin Abdul Manaf (datuk Rasulullah SAW) dan maqam Imam Syafi’i. Manakala Al-Khalil (Hebron), terdapat maqam Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakob dan isteri mereka. Ramallah pula sebagai pusat pemerintahan autoriti Palestin pada masa Yasser Arafat.
Sejarah Palestin era moden adalah tanah wakaf umat Islam, semenjak ia dibebaskan Khalifah Umar bin Khattab pada 15 H (636 M). Di sini, Masjid al-Aqsa menjadi kiblat pertama umat Islam dan masjid suci ketiga selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Oleh itu, bumi Palestin perlu dipertahankan umat Islam sepanjang masa. (Surah Al-Baqarah ayat 120 menjelaskan gambaran yang berlaku sekarang).
Masjid Al-Aqsa
|
No comments:
Post a Comment