TITOV melihat anaknya menguji salah
satu peralatan kecergasaan yang diciptanya di pekarangan rumah mereka di
Novopyatnitskoye kelmarin.
MOSCOW -
Seorang ahli psikologi lulusan Universiti Negeri Leningrad, Valery Titov
mencipta lebih 20 peralatan kecergasan dengan menggunakan kayu.
Peralatan
itu dihasilkan dengan menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang
komponen logam.
Titov yang
berusia 63 tahun yang merupakan seorang penternak lebah tinggal di Novopyatnitskoye,
120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarsk, Rusia.
Menurutnya,
buat masa ini, tiada pelabur dan ahli perniagaan yang berminat dengan
ciptaannya itu. - Reuters
No comments:
Post a Comment