Siasatan terhadap Rausing
ditangguhkan berikutan faktor kesihatan.
LONDON -
Siasatan terhadap pewaris Tetra Pak, Hans Kristian Rausing, 49, berhubung
kematian isterinya di kediaman mereka di daerah Belgravia, London, Britain
ditangguhkan.
Pegawai Penyiasat Scotland Yard, Sharon Marman berkata, jutawan itu ditahan bagi disoal siasat, namun terpaksa ditangguhkan berikutan emosinya masih belum stabil.
“Beliau kini di bawah pengawasan perubatan dan siasatan hanya dilakukan selepas mendapat kebenaran pihak bertanggungjawab,” katanya.
Inkues kematian Eva Rausing, dimulakan Jumaat lalu bagi mengenal pasti punca kematian wanita itu.
Rausing ditemui mati minggu lalu, selepas polis menahan suaminya untuk siasatan atas tuduhan pengambilan dadah.
No comments:
Post a Comment