KEADAAN lori yang merempuh kediaman
wanita tua di Ilford, Essex.
LONDON:
Seorang nenek nyaris maut selepas sebuah lori merempuh kediamannya ketika dia
sedang menonton televisyen.
Warga emas
berusia 76 tahun itu sedang duduk di ruang tamu kediamannya ketika ditimpa
serpihan konkrit yang melayang apabila lori berkenaan merempuh dinding
rumahnya.
Dia yang cedera ringan di kepala dan menggeletar akibat mengalami kejutan dikejarkan ke hospital.
Saksi
pertama yang tiba di tempat kejadian, Kevin Carr berkata, dia bimbang wanita
itu mungkin terbunuh.
Carr berkata, dia memandu di belakang lori itu di sepanjang Eastern Avenue di Ilford, Essex ketika ia melanggar kereta BMW yang diparkir di tepi jalan sebelum berpusing menghadap kenderaan dari arah bertentangan.
Lori itu kemudian menaiki kaki lama sebelum merempuh ke rumah berkenaan kira-kira jam 1 tengah hari, Selasa lalu. Jiran mangsa, Minal Gadhavi, 38, sedang menyusukan anak perempuannya ketika mendengar bunyi rempuhan kuat itu.
Minal
berkata: “Ia nyaris mengenai seorang wanita yang melalui kawasan itu untuk
menghantar anaknya. Saya ingat ia akan melanggar kami,” katanya.
ANGGOTA polis memeriksa keadaan
kediaman mangsa.
Carr, 52,
melompat keluar dari kenderaannya dan memeriksa tiada sesiapa di dalam kereta
BMW itu. Dia berkata: “Ia seperti babak gerakan perlahan. Saya dan pemandu lain
berlari ke kediaman mangsa dan lelaki dalam lori berkenaan kelihatannya tidak
cedera kerana dia boleh bercakap. “Saya dengar seseorang menjerit meminta
tolong, tetapi saya tidak faham apa yang dikatakannya dan saya fikir dia berada
di bawah lori itu.
Carr masuk
melalui ruang besar di dinding, di mana lori itu merempuh rumah berkenaan dan
segera membawa keluar wanita tua itu yang mengalami trauma melalui pintu depan.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Queen di Romford dengan ambulans. - DM
No comments:
Post a Comment