Pengurangan berat badan secara sihat dan normal meliputi dua
aspek yang penting, iaitu penjagaan diet dan aktiviti fizikal. Dari segi
pemakanan, selain dari mengurangkan
kuantiti serta mengawal jenis makanan yang dimakan, zat-zat yang penting juga
perlu dilengkapi untuk membolehkan badan anda berfungsi dengan baik. Dengan
bijak memilih makanan yang sihat dan mengubah cara pemakanan, anda boleh
menikmati makanan anda sambil menjaga berat badan dan tidak perlu menderita
kelaparan. Tip-tip berikut boleh membantu anda mengenali jenis-jenis makanan
yang berkhasiat dan rendah kalori untuk memperbaikkan diet anda.
Vitamin C
Buah-buahan jenis sitrus yang kaya dengan vitamin C
semulajadi seperti limau gedang, lemon dan oren boleh membantu dalam
mengurangkan penyerapan lemak. Diet yang kekurangan vitamin C telah terbukti
oleh pelbagai kajian bahawa ia boleh membawa kepada garis pinggang ( waistline)
yang lebih luas. Anda boleh memenuhi keperluan seharian 75mg vitamin C dengan
memakan sebiji oren ataupun secawan strawberi.
Teh
Menurut The American Journal of Clinical Nutrition, wanita
yang mengambil jumlah catechin (
antioksidan dalam daun the yang boleh menggalakkan pembakaran lemak ) yang
paling tinggi lebih mengalami peanmbahan berat badan yang kurang berbanding
dengan mereka yang kurang meminum teh dalam jangkamasa 14 tahun . Dalam memilih
jenis the, adalah digalakkan untuk
membeli jenis teh hijau atau putih kerana ia mempunyai kandungan catechin yang
lebih tinggi.
Pisang
Sebiji pisang mengandungi lebih dari 400mg potassium, dan
mineral ini membantu untuk mengawal jumlah sodium ( yang menghasilkan gas )
dalam badan anda. Pisang juga murah juga harganya, senang didapati, serta mudah
untuk dibawa dan dimakan.
Makanan rendah GI (
indeks glisemik )
Makanan yang rendah GI, iaitu jenis yang dihadam dengan
perlahan boleh membantu anda berasa lebih kenyang sepanjang hari, menurut satu
kajian yang dijalankan oleh Journal of Nutrition. Makanan jenis rendah GI termasuk bijirin dan sayuran
dan juga sesetengah buah-buahan seperti limau gedang dan beri biru.
Jauhi makanan yang
tinggi kandungan gula
Sekiranya anda menyemak label makanan, anda akan mendapati
kebanyakkan mempunyai gula tambahan ( seperti sirap jagung berfruktosa tinggi
dan gula putih yang diproses ). Makanan yang mengandungi kandungan gula yang
tinggi akan menyebabkan peningkatan mendadak jumlah kandungan gula dalam
darahl. Ia boleh menjejaskan rangsangan hormon leptin yang mengawal selera dan
metabolisme dan akan menyebabkan anda lebih berselera untuk memakan lebih
daripada biasa. Apabila rangsangan leptin terjejas, ia akan menjadi lebih sukar
untuk mengawal selera dan kalori yang berlebihan akan ditukar dan disimpan
dalam badan sebagai lemak. Oleh yang demikian, apabila anda membeli makanan,
pilihlah jenis yang mempunyai kandungan lemak tak tepu dan berserat tinggi
seperti sayuran dan kekacang.
No comments:
Post a Comment