GAMBAR fail menunjukkan
burger Big Mac's.
TORONTO - Cef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan
Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's, menurut satu laporan
kelmarin.
Portal berita New York Daily News melaporkan Coudreaut
berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program
ketelusan McDonald's, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin
mengetahui cara membuat sos Big Mac's.
Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan
menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya.
Katanya, sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning,
cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika.
Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di
Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia. -
Agensi
No comments:
Post a Comment