Pages

Sunday, 1 July 2012

Nelayan berpesta kutip wang


















Puluhan nelayan berebut mengutip ratusan wang kertas terapung di kawasan paya di Guwahati.


NEW DELHI - Sekumpulan nelayan terkejut apabila niat untuk menjala ikan berakhir dengan penemuan ratusan gumpalan wang di sebuah paya di Chachal, daerah Guwahati, India, semalam.


Wang itu kelihatan terapung dengan setiap satunya bernilai 500 rupee (RM28.30) dan 1,000 rupee (RM56.70). Penemuan itu membuatkan seluruh penduduk di kawasan tersebut bertukar kecoh apabila menyerbu kawasan berkenaan.


Kelihatan juga beberapa dewasa dan kanak-kanak menebarkan jala. Manakala, wanita pula mengutip wang tersebut di tepi paya yang dihanyutkan dan ada juga yang sanggup berenang untuk mengumpul sebanyak mungkin wang  kertas tersebut.


Seorang penduduk enggan dikenali berkata, beliau mengaut sehingga 1,000 rupee dan tidak memikirkan hasil tangkapan ikannya bagi tempoh seminggu ini. "Kami melepaskan semula ikan yang dipancing kemudian mengutip wang ini. Pada mulanya saya hanya nampak sekeping wang kertas terapung- apung, tetapi ada yang berjaya mengaut puluhan helai wang kertas bernilai 1,000 rupee," katanya.


Pegawai polis, Apuba Jibon Baruah berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap ketulenan wang itu dan punca kejadian itu.


"Polis percaya siasatan akan berhasil dengan adanya sampel mata wang yang akan di serahkan ke Bank Reserve untuk mendapatkan pengesahan. Kami mengesyaki ianya adalah wang haram," katanya.


Chachal adalah perkampungan nelayan yang kebanyakannya penduduk miskin.

No comments:

Post a Comment