Pages

Sunday, 1 July 2012

Nenek cuba berenang sejauh166 kilometer dari Cuba ke AS

















PERENANG kelahiran Britain-Australia, Penny Palfrey tersenyum ketika di Havana sebelum memulakan cabaran berenang dari Cuba ke Florida kelmarin.


HAVANA - Perenang berdarah Britain-Australia, Penny Palfrey semalam meneruskan cabaran untuk berenang tanpa bantuan dari Cuba ke Florida di Amerika Syarikat (AS) sejauh 166 kilometer (km).


Setakat semalam, dia berada di separuh perjalanan cabaran tersebut selepas beberapa kali disengat obor-obor.


Ibu beranak tiga dan nenek kepada tiga orang cucu itu mahu menjadi individu pertama di dunia yang melakukan pencapaian tersebut tanpa kandang jerung.


Palfrey, 49, yang memulakan renangan sejurus selepas subuh kelmarin telah berenang sejauh 80 kilometer selepas 24 jam kemudian.


"Dia berulang kali disengat obor-obor tetapi masih bersemangat dan berada dalam keadaan baik ," kata pasukan pengiringnya.


Renangan sejauh 166 km itu dijangka mengambil masa antara 40 hingga 50 jam.


Destinasi Palfrey di AS adalah Key West di negeri Florida. - AFP

No comments:

Post a Comment