expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 21 July 2012

QPR sedia kerjasama dengan Kafa


















Philip (kiri) menyerahkan jersi QPR kepada Mustapa sambil disaksikan Annuar.


KOTA BHARU - Lawatan singkat sehari pemain dan pengurusan Kelab Liga Perdana (EPL) Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) kelmarin cukup bermakna buat rakyat Kelantan.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamad berkata, kunjungan pemain QPR ke negeri ini secara tidak langsung meningkat imej Kelantan di persada dunia.


Malah katanya, kunjungan itu turut meningkat moral pemain dan pengurusan skuad Kelantan yang kini menjadi pasukan yang paling berjaya dalam negara.


“Kunjungan ini cukup bermakna kerana ia merupakan lawatan julung kali dari EPL sekali gus membuka peluang kepada masyarakat Kelantan untuk melihat secara lebih dekat,” katanya ketika berucap di majlis makan malam bersama pemain dan pengurusan QPR, malam kelmarin.


Turut hadir, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) , Tan Sri Annuar Musa, Naib Presiden, Rosmadi Ismail, pegawai dan pemain-pemain Kelantan.


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif QPR Philip Beard berkata, pihaknya berbangga dapat bertemu dengan kelab yang menjuarai liga Malaysia baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com