KUANTAN —
Pembangunan jangka panjang dan perancangan yang teliti menjadi rahsia kejayaan
Terengganu dalam Sukan Malaysia (Sukma) sehingga empat kali berturut-turut
muncul juara keseluruhan temasya itu.
Menteri
Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, atlet negeri itu yang
bertanding di Sukma bermula pada usia muda dan dijanjikan peluang beraksi di
peringkat antarabangsa sekiranya menunjukkan potensi.
"Syukur
kerana Terengganu berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali keempat walaupun
pada awalnya sedikit terkilan kerana acara kanu tidak dipertandingkan dan ada
atlet kita yang tidak dapat bertanding kerana layak ke Olimpik,” katanya kepada
pemberita selepas majlis penutup Sukma ke-15 di sini, malam ini.
Beliau turut
bangga dengan kontinjen Terengganu kerana berjaya merangkul 62 pingat emas
iaitu melepasi sasaran 47 emas sebelum ini.
"Ini
adalah hasil usaha kerajaan Terengganu mendapat khidmat jurulatih berkebolehan
dari luar negara seperti sepak takraw yang mana kita mendapatkan khidmat
jurulatih dari Thailand,” katanya.— BERNAMA
No comments:
Post a Comment